Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.fa.Öat] | منفعت

Definisi : 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa pun; 2. untung, laba; bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg di-lakukan mereka memang ~ bagi bangsa; memanfaatkan menggunakan sebaik-baik­nya (utk atau dgn cara yg mendatangkan fa­edah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: se-tiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn ke-baikan hendaklah dilindungi dan diusaha-kan; 2. kebaikan, kegunaan; pemanfaatan perihal atau perbuatan me­manfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.fa.Öat] | منفعت

Definisi : 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna; faedah: Apa ~nya jika kamu berdua terus bersanggit sesama sendiri? 2 untung; laba: ~ dan mudarat untung dan rugi. bermanfaat ada manfaatnya; memberi manfaat; berguna; berfaedah. memanfaatkan mengambil manfaat drpd sesuatu; menjadikan sesuatu ada manfaatnya: ~ segala kemudahan yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
kamus ini sangat bermakna bagi negara Malaysia dan Thailand, khususnya apabila melibatkan hubungan dua hala antara kedua- dua buah negara dalam bidang pendidikan. Saya percaya penerbitan kamus ini akan memberikan manfaat yang besar bagi para pelajar dan pengguna yang ingin mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Thai. Semoga kerjasama antara kedua-dua buah negara, khususnya dalam bidang pendidikan akan terus disemarakkan dengan kegiatan yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Mudah-mudahan Kamus Thai-Melayu Dewan ini akan menjadi simbol dan jambatan ke arah mempertingkatkan hubungan antara Malaysia dengan Thailand dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan

Kembali ke atas