Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.fa.Öat] | منفعت

Definisi : 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa pun; 2. untung, laba; bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg di-lakukan mereka memang ~ bagi bangsa; memanfaatkan menggunakan sebaik-baik­nya (utk atau dgn cara yg mendatangkan fa­edah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca; kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: se-tiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn ke-baikan hendaklah dilindungi dan diusaha-kan; 2. kebaikan, kegunaan; pemanfaatan perihal atau perbuatan me­manfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.fa.Öat] | منفعت

Definisi : 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna; faedah: Apa ~nya jika kamu berdua terus bersanggit sesama sendiri? 2 untung; laba: ~ dan mudarat untung dan rugi. bermanfaat ada manfaatnya; memberi manfaat; berguna; berfaedah. memanfaatkan mengambil manfaat drpd sesuatu; menjadikan sesuatu ada manfaatnya: ~ segala kemudahan yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pawn benefitmanfaat gadaianEkonomiEkonomi IslamFaedah yang diperoleh daripada barang gadaian. Pada prinsipnya pegadai tidak boleh mengambil sebarang manfaat daripada barang gadaian. Walau bagaimanapun, pegadai dibolehkan mengambil manfaat tersebut untuk menampung kos penjagaan barang gadaian. Contohnya, manfaat menggunakan kenderaan daripada gadaian kenderaan, manfaat susu daripada gadaian binatang, manfaat mendiami rumah daripada gadaian rumah dan manfaat menanam tanaman daripada gadaian tanah.
riderriderEkonomiEkonomi IslamPerubahan manfaat yang ditawarkan kepada peserta pelan takaful keluarga dan skim takaful am. Perubahan ini hasil persetujuan peserta untuk mengubah suai syarat dan manfaat perlindungan dalam pelan asas takaful berkenaan. Sebarang perubahan syarat dan manfaat perlindungan akan memberi kesan kepada jumlah caruman yang dibayar oleh peserta. Peserta yang ingin mendapat manfaat tambahan ini perlu membuat caruman tambahan yang kecil. Perubahan manfaat ini boleh diminta oleh peserta selaras dengan keperluannya. Contohnya, manfaat tambahan hospital, manfaat tambahan kematian dan keilatan akibat kemalangan.
benefit pawned itembarang gadaian manfaatEkonomiEkonomi IslamManfaat daripada barang yang dijadikan sebagai barang gadaian. Contohnya, penggadai menggadaikan manfaat mendiami rumah sewanya secara percuma untuk tempoh tertentu sebagai cagaran kepada hutangnya. Fuqaha’ menyatakan bahawa gadaian ini tidak sah kerana manfaat tidak boleh diserahkan dan tidak boleh dipegang.
منفعة البضعmanfaat persetubuhanAgama IslamFiqhManfaat persetubuhan hasil dari perkahwinan.
benefit segmentationpetak manfaatPentadbiranTiadaPembahagian pasaran mengikut manfaat yang dikehendaki daripada sesuatu keluaran.
benefit-in-kindmanfaat baranganPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang manfaat selain wang.
ملك المنفعةhak manfaatAgama IslamFiqhHak menggunakan manfaat sesuatu barang yang dimiliki orang lain.
contract of ownershipkontrak memberi hak milikEkonomiEkonomi IslamKontrak yang membolehkan pemindahan hak milik sesuatu harta atau manfaat harta berlaku antara pihak yang terlibat. Kontrak ini terbahagi kepada kontrak pertukaran dan kontrak kebajikan. Pemindahan hak milik harta berlaku dari segi kedua-dua fizikal dan manfaat harta manakala pemindahan manfaat harta tidak melibatkan perpindahan milik fizikal harta.
social gainskeuntungan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganManfaat yang diperoleh oleh masyarakat kesan daripada perkembangan pembangunan, projek atau program. Keuntungan atau manfaat ini tidak dilihat dari sudut kewangan atau material tetapi lebih membawa makna keuntungan sosial yang bersifat pengukuhan hubungan sosial, peningkatan pendidikan dan daya berfikir, keharmonian hubungan kaum, kestabilan sosial, peningkatan kesedaran sivil dan sebagainya.Idea ini dibincangkan oleh K. Sabbarao (1993) dalam kajian Social Gains from Female Education: A cross National Study. Contohnya, peningkatan pendidikan di kalangan wanita luar bandar telah memberi keuntungan sosial kepada masyarakat tersebut seperti kelahiran beberapa pemimpin politik.
takaful benefitsmanfaat takafulEkonomiEkonomi IslamWang pampasan atau ganti rugi yang dibayar oleh syarikat pengendali takaful kepada peserta yang mengalami bencana. Pampasan ini bertujuan untuk menggantikan semula atau membaik pulih kehilangan, kerosakan atau kemusnahan kepentingan yang dilindungi oleh takaful berkenaan. Jumlah manfaat akan dibayar setelah proses penilaian dilakukan dan bergantung pada nilai lindungan yang dipersetujui.
12345678910...

Kembali ke atas