Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ngan] | ماڠن

Definisi : (man.gan) (Kim) sj unsur logam yg rapuh dan berwarna putih kekelabu-kelabuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ngan] | ماڠن

Definisi : Jw makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ngan] | ماڠن

Definisi : /man.gan/ logam yg rapuh berwarna kelabu keputih-putihan dan digunakan dlm perusahaan membuat keluli, kaca dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANGAN

Mangan ialah unsur logam yang rapuh, berwarna

perak-kelabu. Semua tumbuhan dan haiwan

memerlukan sedikit unsur ini. Mangan juga ialah

bahan yang penting dalam keluli dan mempunyai

banyak kegunaan perindustrian yang lain.

UMUM 
HADFIELD, SIR ROBERT ABBOTT

Hadfield, Sir Robert Abbott ( 1859– 1940), ahli

metalurgi Inggeris yang menemui keluli mangan

tidak bermagnet.

UMUM 
KOLUMBIT

Kolumbit ialah bijih mineral. Ia merupakan oksida

niobium, besi dan mangan, dan mempunyai

formula kimia (Fe, Mn) Nb2 O6.

UMUM 
SANTIAGO DE CUBA

Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di

kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut

tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara

Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik).

Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba.

Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula,

kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah

mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan

pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan

Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang

Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat

telah memusnahkan sebahagian besar angkatan

laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago.

UMUM 
SEMENANJUNG SINAI

Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada

Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk

Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan

bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer

persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang.

Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang

mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan

pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu

kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat

gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan

petroleum, mangan, dan mineral lain.

UMUM 

Kembali ke atas