Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, Mangifera indica dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : ibu kunci, pedal ayam; bermangga berkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yg ~ itu; memangga mengenakan ibu kunci, mengun­ci: ia sedang ~ pintu biliknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : ; sakit ~ bengkak (yg biasanya ber­nanah) pd celah kelangkang, buah kelenjar yg bengkak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya hampir serupa dgn buah pauh); mempelam, Mangifera indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : ibu kunci yg disangkutkan pd pintu dll; pedal ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangga (kata nama)
Bersinonim dengan mempelam, pauh, kuini.,

Puisi
 

Putik pauh tangkainya mangga,
     Disambar buaya sambil berenang;
Sudah jauh dipandang mata,
     Hati mana dapat tak senang.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANGGA

Mangga ialah buah yang tumbuh di kawasan

tropika di seluruh dunia. Ia menjadi makanan

utama ramai penduduk di negara-negara tropika

dan sering dikenali sebagai raja buah-buahan

tropika.

UMUM 
HALWA

HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa.

BUDAYAKonsep
SULTAN AHMAD SHAH

SULTAN AHMAD SHAH (1930 -    ), Sultan Pahang yang kelima (1974 -   ).  Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Baginda diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.  Ayahanda baginda ialah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Bonda baginda ialah Raja Hajah Fatimah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas