Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, Mangifera indica dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : ibu kunci, pedal ayam; bermangga berkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yg ~ itu; memangga mengenakan ibu kunci, mengun­ci: ia sedang ~ pintu biliknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : ; sakit ~ bengkak (yg biasanya ber­nanah) pd celah kelangkang, buah kelenjar yg bengkak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya hampir serupa dgn buah pauh); mempelam, Mangifera indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mang.ga] | مڠݢ

Definisi : ibu kunci yg disangkutkan pd pintu dll; pedal ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangga (kata nama)
Bersinonim dengan mempelam, pauh, kuini.,

Puisi
 

Putik pauh tangkainya mangga,
     Disambar buaya sambil berenang;
Sudah jauh dipandang mata,
     Hati mana dapat tak senang.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mangga IIibu kunci, pedal ayam; bermangga berkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yg ~ itu; memangga mengenakan ibu kunci, mengun­ci: ia sedang ~ pintu biliknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bermanggaberkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yg ~ itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
golek III(golék); mangga ~ sj mangga yg besar dan manis.Kamus Dewan Edisi Keempat
sengir IJw rasa (bau) spt rasa (bau) kulit limau; mangga ~ sj mangga yg baunya spt bau limau.Kamus Dewan Edisi Keempat
kunci I1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
anak kuncialat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mangga sengirsj mangga yg baunya spt bau limau.Kamus Dewan Edisi Keempat
mangga goleksj mangga yg besar dan manis.Kamus Dewan Edisi Keempat
mangga IIibu kunci yg disangkutkan pd pintu dll; pedal ayam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mangga Inama sj pokok atau buahnya (buahnya hampir serupa dgn buah pauh); mempelam, Mangifera indica.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678

Kembali ke atas