Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Buah manggis boleh diproses untuk digunakan jem manggis.Buah manggis dapat diproses untuk dijadikan jem.Tatabahasa10.11.2014
Ejaan mana yang betul? Motif Bunga Tampuk Manggis atau motif bunga tampuk manggisKedua-dua ejaan "Motif Bunga Tampuk Manggis" atau "motif bunga tampuk manggis" adalah betul bergantung pada ayat yang hendak disampaikan.Tatabahasa07.08.2014
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku?Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut.  Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.Istilah21.12.2017
Salam sejahtera. Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Siti suka makan buah-buahan contohnya betik, epal dan manggis. B) Siti suka makan buah-buahan. Contohnya, betik, epal dan manggis. C) Siti suka makan buah-buahan contohnya, betik, epal dan manggis.Ayat yang lebih tepat ialah "Siti suka makan buah-buahan seperti betik, epal dan manggis."Tatabahasa14.02.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat?Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu.

Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang.
Makna18.06.2023
Yang mana satu betu? Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis. Saya perlukan penjelasan dari sistem bahasanya. Terima kasih.Soalan:
Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis.
Jawapan:
Pak Ali memuati raga itu dengan buah manggis.
Huraian: "Memuati" = memenuhkan sesuatu dengan barang-barang dan sebagainya.
"Memuatkan" = memasukkan sesuatu seperti barang-barang ke dalam sesuatu...
Tatabahasa29.10.2014
Adakah ayat ini betul? Buah manggis ada banyak bahan khasiat.Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah "Buah manggis ada banyak khasiat".Tatabahasa10.11.2014
Adakah ini ayat ini betul? Buah manggis boleh makan dengan segar.Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah "Buah manggis boleh dimakan segar".Tatabahasa10.11.2014
Salam sejahtera; Tuan, Ayat-ayat yang berikut yang mana satu lebih tepat? 1. Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. 2. Pak Samad mengait buah manngis dan mangga. Minta pihak Tuan berikan penjelasan tentang jawaban tersebut. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran kata kerja yang sama, iaitu mengait.Tatabahasa02.09.2013
Salam sejahtera . Penggunaan perkataan "umpamanya" dalam ayat ini betul? Ayat: Siti suka makan buah-buahan umpamanya betik, manggis dan epal .Perkataan yang lebih sesuai ialah seperti.Tatabahasa15.02.2014
12

Kembali ke atas