Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Manggis' bukan sekadar puisiSuhaidi MohamadBacaria11.07.1998
ManggisZahari HasibBerita Minggu29.04.2001
Manggis IIMahayuddin IbasMingguan Malaysia05.03.2000
Jalan Manggis dan Jalan DurianHantu RayaUtusan Melayu08.02.1982
Keindahan manggis dalam karya JamilMohamad Khalil AmranBerita Minggu (Sastera dan Budaya)15.10.2000
Anak Pemungut ManggisZainon Mohd. NoorMingguan Perdana20.10.1985
Dunia retorik, Manggis Dr Abu HassanAbu Hassan HasbullahBerita Harian20.09.2005

Kembali ke atas