Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.kin] | مڠکين

Definisi : makin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kin] | مڠکين

Definisi : 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau me­nyegerakan berlakunya sesuatu perkem­bangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan; memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mang­kin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pem­bangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tin­dak balas kimia dgn menggunakan mangkin; pemangkin faktor dsb yg mempercepat se­suatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kin] | مڠکين

Definisi : ist benda atau bahan yg dpt mengubah kecepatan sesuatu tindakan kimia tetapi bahan tsb tidak mengalami perubahan. memangkinkan mempengaruhi (bertindak) sbg mangkin: Enzim itu ~ pemecahan makanan yg dihancurkan oleh gigi. pemangkin faktor, persekitaran dsb yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan: Kewujudan lebuh raya itu menjadi ~ kpd pembangunan ekonomi kawasan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangkin (kata nama)
Bersinonim dengan pencepat, katalis, katalisator, pendorong, penggalak.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
MangkinTiadaDewan Siswa1 March 1986
MPR : mangkin Sasterawan MalaysiaSham Al-JohoriTunas Cipta1 August 2004
Guru mangkin minat pelajarSamat BuangPelita Bahasa1 April 2005
Hadiah Sastera Mangkin Perkembangan Sastera Malaysia?Hamzah HamdaniDewan Sastera1 January 2001
Kembara Bahasa Mangkin PerpaduanFauzilahyatun MustafaPelita Bahasa1 September 2002
Bahasa Melayu Mangkin Kemajuan NegaraNik Safiah KarimPelita Bahasa1 January 2003
Keris Mas mangkin Kesusasteraan MelayuMana SikanaDewan Sastera1 June 2005
Penterjemahan sebagai mangkin penguasaanMusa MohamadDewan Bahasa1 October 2003
Anugerah Tokoh Warisan mangkin pewaris generasiMohd. Taib OsmanDewan Sastera1 December 2005
Anugerah Tokoh Warisan mangkin pewaris generasiZalila SharifDewan Sastera1 December 2005
12

Kembali ke atas