Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.kin] | مڠکين

Definisi : makin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kin] | مڠکين

Definisi : 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau me­nyegerakan berlakunya sesuatu perkem­bangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan; memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mang­kin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pem­bangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tin­dak balas kimia dgn menggunakan mangkin; pemangkin faktor dsb yg mempercepat se­suatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kin] | مڠکين

Definisi : ist benda atau bahan yg dpt mengubah kecepatan sesuatu tindakan kimia tetapi bahan tsb tidak mengalami perubahan. memangkinkan mempengaruhi (bertindak) sbg mangkin: Enzim itu ~ pemecahan makanan yg dihancurkan oleh gigi. pemangkin faktor, persekitaran dsb yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan: Kewujudan lebuh raya itu menjadi ~ kpd pembangunan ekonomi kawasan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangkin (kata nama)
Bersinonim dengan pencepat, katalis, katalisator, pendorong, penggalak.,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
UBAT) acyl enzyme (enzim asil) Kompleks perantara yang terdiri daripada NAD + dan bentuk asil gliseralde- hid-3-fosfat yang terikat dengan gliseraldehid-3-fosfat dehidrogenase semasa tindak balas yang melibatkan mangkin tersebut. (KIM) ad- (ad-) Imbuhan asing yang merujuk kepada sesuatu yang menghala, mengarah, berdekatan dengan atau tambahan kepada yang lain. Imbuhan ini juga ber- maksud membantu atau menguatkan sesuatu. Contohnya tindak balas fasa gas. Reaktor ini berupa suatu adenopathy adiabatic packed bed reactor Kamus Sains.indb 22 7/8/08 11:45:22 AM 23 turus yang diisi dengan bahan mangkin tanpa sistem penyejuk dan ditebat un- tuk mengelakkan penukaran haba dengan persekitaran. Diameter reaktor ini biasanya jauh lebih besar daripada panjangnya supaya haba yang hilang adalah minimum dan boleh digunakan

Kembali ke atas