Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.kin] | مڠکين

Definisi : makin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kin] | مڠکين

Definisi : 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau me­nyegerakan berlakunya sesuatu perkem­bangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan; memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mang­kin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pem­bangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tin­dak balas kimia dgn menggunakan mangkin; pemangkin faktor dsb yg mempercepat se­suatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kin] | مڠکين

Definisi : ist benda atau bahan yg dpt mengubah kecepatan sesuatu tindakan kimia tetapi bahan tsb tidak mengalami perubahan. memangkinkan mempengaruhi (bertindak) sbg mangkin: Enzim itu ~ pemecahan makanan yg dihancurkan oleh gigi. pemangkin faktor, persekitaran dsb yg mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan: Kewujudan lebuh raya itu menjadi ~ kpd pembangunan ekonomi kawasan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangkin (kata nama)
Bersinonim dengan pencepat, katalis, katalisator, pendorong, penggalak.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catalystmangkinKimiaTiadaBahan yang mempercepat kadar tindak balas kimia tanpa mengubah komposisi kimianya pada akhir tindak balas, dengan menyediakan laluan alternatif yang mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Terdapat dua jenis mangkin, iaitu mangkin homogen yang mempunyai fasa yang sama dengan bahan tindak balas, dan mangkin heterogen yang mempunyai fasa yang berbeza dengan bahan tindak balas. Contoh mangkin homogen ialah asid, dan mangkin heterogen ialah serbuk logam atau oksida logam seperti platinum, nikel dan mangan(IV) oksida. Kebanyakan mangkin dalam proses biokimia pula terdiri daripada mangkin homogen seperti vitamin dan enzim.
textural catalyst promoterpenggalak mangkin berteksturKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenggalak mangkin yang bertindak secara fizikal, seperti penambahan bahan lengai ke dalam sistem mangkin untuk mengurangkan masalah persinteran dan memisahkan atom mangkin daripada bersentuhan antara satu sama lain. Ia juga mencegah kehilangan keluasan mangkin yang aktif semasa khidmatnya. Contoh penggalak mangkin bertekstur ialah penambahan alumina ke dalam sistem mangkin besi yang digunakan dalam sistem ammonia.
catalyst impregnation methodkaedah pengisitepuan mangkinKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah termudah untuk menyediakan mangkin dengan penampung yang poros atau berongga dicelupkan ke dalam larutan mangkin. Penampung kemudian dikeringkan dan mangkin diaktifkan. Kaedah ini kurang sesuai bagi mangkin logam yang mahal kerana mangkin tidak disebarkan dengan sekata.
catalyst promoterpenggalak mangkinKimiaTiadaBahan yang meningkatkan keaktifan mangkin, tetapi tidak bertindak sebagai mangkin. Misalnya, aluminium oksida dan kalium oksida bertindak sebagai penggalak mangkin ferum dalam tindak balas hidrogen dan nitrogen untuk membentuk ammonia.
bimetallic cluster catalystmangkin kelompok dwilogamKejuruteraanKejuruteraan KimiaSistem mangkin yang terdiri daripada dua jenis mangkin logam yang digunakan serentak secara disebarkan di atas penampung. Kandungan mangkin sebenar tidak seharusnya dalam bentuk aloi.
sulphide catalystmangkin sulfidaKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin logam sulfida yang digunakan dalam pemprosesan bahan mentah yang mengandungi sulfur. Mangkin ini digunakan dalam proses seperti penghidrosulfuran, penghidrogenan, dan penyahhidrogenan untuk menggantikan mangkin logam yang mudah membentuk arang pada permukaannya.
Raney nickelnikel RaneyKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin yang dinamakan sempena Murray Raney yang mempatenkan kaedah penyediaan mangkin nikel untuk proses penghidrogenan. Mangkin ini disediakan daripada 50% nikel dan 50% aluminium yang ditindakbalaskan dengan 20% larutan natrium hidroksida, yang akan meninggalkan mangkin nikel yang berongga. Untuk keaktifan dan kestabilan yang tinggi, sedikit aluminium ditinggalkan sebagai hidrat. Mangkin ini berkeluasan permukaan antara 80 � 100 meter persegi per gram.
catalyst precipitation methodkaedah mendakan mangkinKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penyediaan mangkin yang berbentuk serbuk dengan mencampurkan dua larutan atau lebih, atau dua ampaian atau lebih yang akan menyebabkan mangkin mendak diikuti dengan proses penapisan, pengeringan, dan pembentukan. Kaedah ini sesuai untuk menyediakan mangkin yang sekata campurannya serta lebih mudah dikawal saiz dan agihan rongganya.
ink bottle hypothesishipotesis botol dakwatKejuruteraanKejuruteraan KimiaHipotesis yang dimajukan untuk menjelaskan kesan histerisis dalam proses pemeluwapan di dalam rongga bahan mangkin. Rongga mangkin dibayangkan berbentuk seperti botol dakwat yang mempunyai leher yang lebih kecil daripada saiz rongga. Pemeluwapan tidak berlaku sehingga tekanan di dalam rongga melebihi jejari berkesan rongga. Setelah rongga dipenuhi, tekanan harus diturunkan ke satu nilai jejari minimum leher rongga sebelum kandungan rongga boleh meruap dan dikosongkan semula.
catalytic activityaktiviti mangkinKejuruteraanTiadaNisbah halaju ruang mangkin yang diuji terhadap halaju ruang mangkin piawai.
12345678910...

Kembali ke atas