Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg memangku (hanya dlm gelaran sahaja); Darjah M~ Negara pingat yg dikurĀ­niakan oleh Yang di-Pertuan Agong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : yg memangku (hanya dlm gelaran saja): Ahli ~ Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berkenaan dengan singkatan dan gelaran seperti Mej, Lt Kol, YBhg, Dr, Ts, Ir, Sr dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa semua ini tidak perlu titik kerana kita menggunakan tatacara/peraturan penulisan mengikut UK dan bukannya U.S. Bagaimana pendapat DBP?Singkatan dan akronim merupakan kependekan perkataan, frasa, kata nama am dan kata nama khas, baik yang berbentuk teknikal mahupun bukan teknikal. Kedua-dua bentuk penulisan ini dan juga inisial bertujuan untuk memudahkan sebutan dan meringkaskan penulisan. Antara singkatan gelar, jawatan, sapaan tidak menggunakan tanda noktah. Bagi teks jawi, singkatan yang terbentuk daripada gabungan huruf yang tidak membentuk kata ditulis mengikut bunyi huruf rumi. Contoh, YAB (Yang Amat Berhormat) KSU (Ketua Setiausaha) dan AMN (Ahli Mangku Negara). Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk buku Gaya Dewan halaman 95 untuk keterangan lebih lanjut.Lain-lain04.01.2023
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017
Nama tempatan haiwan seperti penyu belimbing, dimulai dengan huruf besar atau kecil? Penyu Belimbing atau penyu belimbing?

Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khastak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

Perkataan penyu belimbing, penyu karah, penyu lumpur dan penyu pulau tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.

Lain-lain11.09.2017

Kembali ke atas