Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk (nasi dll); 2. cang­kir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mem­punyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh; ~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai mangkuk utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl mangkuk tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak piala; ~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~ tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1 bekas yg jeluk yg dibuat drpd tembikar, logam dsb utk diisi makanan (spt sayur-sayuran, lauk-pauk, bubur). 2 bekas bertangkai tempat mengisi minuman; cawan. ~ basuh tangan mangkuk utk diisi air basuh tangan. ~ gulai mangkuk utk diisi gulai. ~ nasi mangkuk besar utk diisi nasi. ~ perak hadiah berupa mangkuk yg biasanya dibuat drpd perak atau emas; piala. ~ pijar mangkuk yg mempunyai penutup, yg tahan panas tempat meleburkan logam. ~ tingkat (tepen) bekas bertingkat-tingkat yg dibuat drpd logam utk diisi makanan; siya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangkuk

Puisi
 

Ke bukit membeli mangkuk,
     Mangkuk dibeli buah berangan;
Sukar sulit burung kan masuk,
     Burung biasa makan di tangan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pinggan dengan mangkuk,
     salah sedikit hendak terantuk.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUBAH

Kubah ialah bumbung melengkung yang dibina

pada tapak bulat seperti mangkuk yang ditelangkupkan.

UMUM 
RANUNKULUS

Ranunkulus ialah nama saintifik bagi kira-kira

250 spesies tumbuhan saka dalam famili

butterkup. Tumbuhan ini mempunyai akar berubi.

Kebanyakan spesies berbunga putih, kuning atau

merah. Bunganya berbentuk mangkuk dan

cenderung menjadi leper apabila kembang.

UMUM 
ALAT GANGSAALAT GANGSA, alat yang terbentuk daripada tiga unsur utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Alat yang diperbuat daripada gangsa meliputi pelbagai bentuk, seperti gendang, mangkuk, dan kapak. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
STAGHORN

Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya

dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat

namanya daripada fron daun utama daun berbentuk

seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis

daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan

tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini

mengumpul air dan humus. Daun utama

mengandungi spora pembiakan.

UMUM 
ENAMEL

Enamel ialah bahan bak kaca yang digunakan

terutamanya untuk membentuk permukaan

licin dan berkilau pada logam. Enamel boleh

terdapat dalam mana-mana warna dan digunakan

untuk menghiasi banyak jenis barang termasuk

cawan, mangkuk, dan pinggan logam.

UMUM 
SAINT HELENS

Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah

metropolitan dan pusat pembuatan di

Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat

pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom.

Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan

kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas

kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran pakaian serta barangan

farmaseutikal. Lombong batu arang terletak

berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang

pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut

batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey.

Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah

ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock

Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola

sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga

Merseyside.

UMUM 
PIUTER

Piuter ialah aloi yang mengandungi

kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi

antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih

metalik seakan-akan warna perak dan keemasan

yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga

bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk

membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki

lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang

lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang

dibuat daripada piuter perlukan pengendalian

yang cermat.

UMUM 
MEMINTAL

Memintal ialah proses membuat benang dengan

memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau

haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang

paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang

dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini

terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23

sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai

takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang

dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar,

dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel

berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel

dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang

Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi

membuat benang untuk kain yang baik.

UMUM 
ENGKEROMONG

ENGKEROMONG, alat idiofon yang terdiri daripada satu peranggu gong kecil berbentuk mangkuk bercembul biasanya lima hingga tujuh biji, diregangkan secara mendatar di atas bingkai kayu. Engkeromong dimainkan secara solo atau digabungkan dalam satu ensembel yang terdiri daripada dua biji gong yang digantung, dikenal sebagai tawak dan bendai, dan gendang ketebong yang berbentuk jam pasir. Dalam masyarakat Iban di daerah Saribas, gendang ketebong diganti dengan dumbak, iaitu gendang bulat panjang bermuka dua.

BUDAYAAlat/Alatan
CANANG

CANANG, alat idiofon logam yang diketuk pada cembul di permukaannya untuk menghasilkan bunyi.  Canang biasanya terdiri daripada dua biji gong kecil berbentuk mangkuk bercembul, direntang di atas dua utas tali atau rotan dan dipasang pada bingkai kayu.  Diameter permukaan canang berukuran antara 15 cm hingga 20 cm.

BUDAYAAlat/Alatan
12

Kembali ke atas