Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.sa] | مڠسا

Definisi : 1. binatang yg menjadi korban (ma­kanan) binatang buas: harimau sedang me-nunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, peni­puan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~ ke-bakaran itu; mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua; memangsakan menjadikan seseorang (se­suatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemus-nahan alam sekitar ~ manusia; pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang; pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.sa] | مڠسا

Definisi : 1 binatang yg menjadi makanan binatang lain: Seekor harimau sedang mencari ~nya. 2 sesuatu yg menjadi sasaran atau tujuan sesuatu perbuatan jahat dll. 3 orang atau barang yg menjadi korban sesuatu kemalangan dll: Dua orang kanak-kanak telah menjadi ~ banjir itu. memangsakan menjadikan seseorang atau sesuatu sbg mangsa: Kemusnahan alam sekitar ~ manusia. pemangsaan perihal atau perbuatan menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang. pemangsa binatang yg memakan binatang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangsa (kata nama)
Bersinonim dengan yang terkorban, yang tercedera, pesakit, penderita, korban, persembahan.,

Peribahasa

Yang bingung makanan yang cerdik,
     yang tidur makanan yang jaga.

Bermaksud :

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary victimmangsa primerKriminologiKeadilan JenayahMangsa utama atau mangsa langsung akibat daripada perbuatan atau kejadian jenayah. Mangsa termasuklah orang-orang yang menjadi mangsa ketika cuba menyelamatkan atau membantu mangsa jenayah yang asal.
alcohol facilitated raperogol dipermudah alkoholKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
alcohol facilitated sexual assaultserangan seksual dipermudah alkoholKriminologiKeadilan JenayahSerangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
victim precipitation theoryteori dorongan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTeori viktimologi yang diasaskan oleh Wolfgang yang menjelaskan punca seseorang menjadi mangsa akibat interaksi mangsa dengan pesalah seperti mangsa mewujudkan peluang, memberi dorongan secara langsung secara aktif atau pasif, atau provokasi daripada mangsa.
ransom attackserangan tebusanTeknologi MaklumatPerisianSerangan yang berlaku dengan menyertakan suatu atur cara atau fail pada mesej e-mel yang dihantar kepada mangsa. Sekiranya mangsa melaksanakan atur cara yang disertakan, atur cara tersebut akan menyulitkan beberapa fail dalam komputer mangsa. Kemudian, nota tebusan akan diberikan kepada mangsa. Akibatnya, mangsa tidak dapat membuka fail yang disulitkan tanpa mengetahui kekunci nyahsulit yang betul. Walau bagaimanapun, setelah wang tebusan dibayar penggodam mungkin akan menghantar atau tidak menghantar kekunci nyahsulit tersebut kepada mangsa. Serangan tebusan yang pertama telah dapat dikesan pada tahun 1989 yang dikenali sebagai PC Cyborg Trojan. Sejak tahun 2005, bilangan serangan telah meningkat seperti Gpcode, TROJ.RANSOM.A, Archiveus, Krotten, Cryzip dan MayArchive.
victim profilingpemprofilan mangsaKriminologiKeadilan JenayahSuatu kaedah atau teknik yang diguna pakai dalam bidang kriminologi untuk mengenal pasti ciri-ciri seseorang mangsa serta perbandingan ciri-ciri mangsa dengan mangsa kes jenayah lain melalui penyiasatan dan analisis bukti yang didapati dari tempat kejadian jenayah tersebut. Tujuan penyediaan pemprofilan mangsa adalah untuk meramal ciri-ciri pelaku dan mengaitkan antara satu kes dengan kes yang lain bagi mengecilkan skop pencarian dan menangkap suspek.
substance facilitated raperogol dipermudah bahanKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan bahan yang menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. Contohnya, penggunaan dadah, alkohol atau bahan kimia seperti klorofom.
drug facilitated raperogol dipermudah dadahKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan dadah. Dadah tersebut menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
drug-facilitated sexual assaultserangan seksual dipermudah dadahKriminologiKeadilan JenayahSerangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan dadah. Dadah tersebut menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
indirect victimmangsa tidak langsungKriminologiKeadilan JenayahMangsa secara tidak langsung akibat daripada perbuatan atau kejadian jenayah yang menimpa mangsa primer. Contohnya, ahli keluarga mangsa pembunuhan.
12345678910...

Kembali ke atas