Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manila II;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
SEMENANJUNG BATAAN

Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk

Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau

terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung

Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina

bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan

angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas

MacArthur telah berjaya mengundurkan askar-

askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit-

bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di

semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar

Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka

telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus

daripada sebarang bantuan.

UMUM 
MAGSAYSAY, RAMÓN

Magsaysay, Ramón (1907–1957) ialah presiden

Filipina yang ketiga (1953–1957). Magsaysay lahir di

Iba, Zambales, provinsi di pantai barat Pulau Luzon.

Bapanya ialah guru tukang kayu. Magsaysay

mendapat pendidikan di maktab swasta di Manila.

Dia bekerja dengan syarikat bas sehingga tahun

1941, apabila Filipina terlibat dalam Perang Dunia

II.

UMUM 

Kembali ke atas