Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nis] | مانيس

Definisi : manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, per­cakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nya­man (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian? ~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata; ~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus diper­timbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat; bermanis; ~ muka tersenyum utk menun­jukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis; bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar; memaniskan menjadikan manis; lewat di-maniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasih­kasihan tetapi kemudian selalu berselisih; mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ muka-nya ketika menyatakan maksudnya itu; manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. kese­ronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan; pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nis] | مانيس

Definisi : ; akar ~ = akar kulit ~ sj tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah, Albizzia myrio-phylla; akar kayu ~ sj tumbuhan (akar me­manjat), akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, Acacia penata; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nis] | مانيس

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa gula atau rasa madu: ~ kuih ini. 2 sedap dipandang; cantik; elok: Anaknya ~-~ belaka. 3 sangat menarik hati (ttg kelakuan, tutur kata dll); sangat peramah dan lemah lembut kelakuannya: Dia telah menyambut ketibaan kami dgn muka yg ~. ~(-~) buah tidak berapa manis (spt manis kuih, bubur). ~ budi bahasa bertingkah laku yg baik dan bersopan santun. bermanis bercakap atau bertutur dgn kata-kata yg manis. bermanis-manis melakukan sesuatu dgn manis; berkelakuan lemah lembut. memaniskan menjadikan manis: Ketika berbincang dgn kami, dia sentiasa ~ mukanya. manisan 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. kemanisan keadaan atau sifat manis: ~ buah; ~ gadis itu menawan hati. pemanisan perbuatan atau hal memaniskan. pemanis apa-apa yg menyebabkan sesuatu menjadi manis atau kelihatan manis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Asam kandis mari dihiris,
     Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
     Lebih manis hati budinya.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Bertanam tebu di bibir.

Bermaksud :

Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah meluahkanK semula kuih yang dimakannya kerana terlalu manis sangat. MUNSYI, TERLALU MANIS SANGAT ADAKAH SALAH GRAMATIS?Frasa yang betul ialah "terlalu manis" atau "manis sangat".Tatabahasa15.04.2012
Saya inginkan kepastian peribahasa mana yang betul? Tanam tebu di bibir atau tanam tebu di tepi bibir?Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Bertanam tebu di bibir. Takrifannya, mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).Sastera31.10.2015
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. 

Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”.

Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa12.03.2024
Yang manakah simpulan bahasa yang betul? (a) manis muka (b) muka manisSimpulan bahasa  muka manis bermaksud rupa muka yg menarik.Tatabahasa05.09.2014
Kata Ali, "Kuih ini manis,". betul atau Kata Ali, "Kuih ini manis.". atau Kata Ali, "Kuih ini manis." yang mana satu betul penggunaan tanda bacaannya? kedudukan tanda noktah dalam ayat di atas mana satu yang betul? tqPenggunaan tanda baca yang betul ialah - Kata Ali, "Kuih ini manis".Tatabahasa23.04.2010
1) Mana satukah ayat yang tepat? “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” 2) Ini kuih kegemaran saya. Ia berbentuk bulat” Adakah penggunaan “ia” dalam ayat ini betul?1.  “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” Kedua-duanya boleh digunakan. Ayat kedua menunjukkan penegasan dalam ayat.

2. Penggunaan yang betul ialah: Ini kuih kegemaran saya. Kuih ini berbentuk bulat.
Tatabahasa05.05.2021
Apakah antonim bagi masin? Ada yang mengatakan antonim bagi masin ialah manis dan ada juga yang mengatakan tawar. Bagi saya, antonim bagi manis ialah masam. Jadi, tentunya antonim bagi masin bukan manis. Harap dapat menguraikan kekusutan ini. Soalan tersebut adalah soalan bahasa melayu tahun 2.Antonim bagi masin dan manis ialah tawar.Tatabahasa02.10.2011
ejaan yang betul bagi harum manis? Adakah harumanis atau Harum Manis?1. Ejaan yang betul ialah harum manisEjaan28.02.2020
Salam sejahtera ! Soalan saya masih berkaitan dengan jawapan tuan tentang kata lawan 'manis' ialah ' masam' Berikut ialah soalan sepenuhnya ; Kopi yang dibuat olehh ibunya sangat 'manis' Pilih perkataan berlawan bagi 'manis' A masam B kelat C pahit D masin Adakah jawapannya patut kekal 'masam' walaupun janggal dalam ayat tersebut atau boleh dijawab 'pahit' walaupun tidak mematuhi daftar kata lawan. Terima kasihSalam Sejahtera. Kata lawan perlu dilihat dalam konteks penggunaannya. Dalam hal ini, jawapan kata lawan "manis" ialah "pahit".Tatabahasa13.08.2014
Ct'fieza Mahadzir Oct 22nd, 6:08pm Assalamualaikum.. Saya nak tanya kata lawan bagi Manis. Jawapannya Masam atau Tawar?Kata lawan bagi "manis" ialah "masam". Walau bagaimanapun kata "tawar" juga boleh menjadi lawan bagi kata "manis", jika sesuai dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa22.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas