Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.san] | مانيسن

Definisi : , manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni.san] | مانيسن

Definisi : 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Tanam ubi tanam kembili,
     Mari dicolek santan manisan;
Adik hendak mencari bini,
     Kalau boleh hendak berbesan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Di pasar Ramadan banyak terdapat kuih Melayu yang dibuat daripada tepung pulut yang berinti_________. A. Manis B. Manisan C. Pemanis D. Bermanis-manis 2. Mangsa yang mati di lombong tinggal itu telah_______ oleh pasukan penyelamat pada pagi tadi. A. Bertemu B. Ditemukan C. Ditemui D. Menemui Terima Kasih atas pertolongan anda.1. (b) manisan. 2. (c) ditemui.Tatabahasa26.02.2009
Assalamualaikum. Saya hendak tahu ejaan sebenar manisan kaum India ladu atau laddu? Terima kasihEjaan yang betul ialah "ladu"Ejaan29.10.2016
Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan perkataan "untuk" sebagai kata sendi atau sebagai kata hubung pancangan keterangan? mohon berikan contoh ayat bagi memudahkan pemahaman.Kata sendi nama untuk digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan. Manakala untuk sebagai kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada klausa utama. Contoh ayat untuk sebagai kata sendi ialah “Baju kurung itu untuk adik”. Contoh ayat sebagai kata hubung ialah “ Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak”. Perbezaan yang jelas ialah kata untuk sebagai kata hubung harus menghubungkan dua klausa, iaitu klausa keterangan dengan klausa utama (nira dikumpulkan, dibuat manisan dan tuak), manakala, kata untuk sebagai kata sendi ialah boleh terdiri daripada hanya satu klausa sahaja dan digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama. Tatabahasa12.07.2018
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen?1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar).Tatabahasa09.09.2008
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih

Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol. 

Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin.  Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima.

Istilah24.03.2019
Bilakah kita perlu menggunakan imbuhan akhiran -an dan -kan?Akhiran -an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Terdapat 9 makna yang didukung oleh akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar tertentu. Akhiran -an juga boleh menerima imbuhan peN..an, pe..an, peR..an dan ke..an.
 
Contoh:
1. Kata nama dan kata kerja: menunjukkan keputusan/hasil tindakan.
Contoh: tulisan, kritikan


2. Kata nama, kata adjektif dan kata tugas (kawasan/bidang yangg luas).
Contoh: lautan, lapangan, tepian


3. ⁠Kata kerja yang membawa maksud alat: Contoh: acuan


4. Kata nama yang membawa maksud banyak: Contoh: parutan


5. Kata kerja yang membawa maksud orang/haiwan yang menjadi penderita kerja. Contoh: tawanan


6. Kata kerja yang membawa maksud perkara/benda yang menjadi penderita kerja. Contoh: hamparan

7. Kata adjektif yang membawa maksud sifat. Contoh: manisan


8. Kata kerja yang membawa maksud tempat melakukan sesuatu. Contoh: kurungan


9. Kata nama dan kata tugas  (kata bilangan). Contoh: harian, ribuan


10. Contoh akhiran -an yang menerima imbuhan: pemandian,pembacaan, persatuan, kemasukan.

Manakala akhiran - kan pula, iaitu semua golongan kata boleh bgabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja,iaitu:
1. Kata nama: Contoh: bukukan, dirikan
2. Kata kerja transitif: Contoh: bacakan, masakkan
3. Kata kerja tak transitif: Contoh: lahirkan, tidurkan
4. Kata adjektif: Contoh: tidurkan, besarkan
5. Kata tugas: Contoh: sertakan
 
Akhiran -kan juga boleh hadir dalam imbuhan lain seperti meN...kan, beR...kan , mempeR...kan, di...kan, dipeR...kan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2023
Bolehkah Kata Hubung Pancangan digunakan pada hadapan ayat? Sekiranya boleh, berikan contoh penggunaan kata hubung tersebut. Terima kasih.Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak".Tatabahasa23.08.2013
Bagaimana untuk membezakan penggunaan kata hubung pancangan komplemen 'untuk' dan kata hubung 'untuk' pancangan keterangan

Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak".

Tatabahasa11.08.2008
Bilakah kita perlu menggunakan imbuhan -an dan -kan?Akhiran -an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Terdapat 9 makna yang didukung oleh akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar tertentu. Akhiran -an juga boleh menerima imbuhan peN..an, pe..an, peR..an dan ke..an.
 
Contoh:
1. Kata nama dan kata kerja: menunjukkan keputusan/hasil tindakan.
Contoh: tulisan, kritikan


2. Kata nama, kata adjektif dan kata tugas (kawasan/bidang yangg luas).
Contoh: lautan, lapangan, tepian


3. ⁠Kata kerja yang membawa maksud alat: Contoh: acuan


4. Kata nama yang membawa maksud banyak: Contoh: parutan


5. Kata kerja yang membawa maksud orang/haiwan yang menjadi penderita kerja. Contoh: tawanan


6. Kata kerja yang membawa maksud perkara/benda yang menjadi penderita kerja. Contoh: hamparan

7. Kata adjektif yang membawa maksud sifat. Contoh: manisan


8. Kata kerja yang membawa maksud tempat melakukan sesuatu. Contoh: kurungan


9. Kata nama dan kata tugas  (kata bilangan). Contoh: harian, ribuan


10. Contoh akhiran -an yang menerima imbuhan: pemandian,pembacaan, persatuan, kemasukan.

Manakala akhiran - kan pula, iaitu semua golongan kata boleh bgabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja,iaitu:
1. Kata nama: Contoh: bukukan, dirikan
2. Kata kerja transitif: Contoh: bacakan, masakkan
3. Kata kerja tak transitif: Contoh: lahirkan, tidurkan
4. Kata adjektif: Contoh: tidurkan, besarkan
5. Kata tugas: Contoh: sertakan
 
Akhiran -kan juga boleh hadir dalam imbuhan lain seperti meN...kan, beR...kan , mempeR...kan, di...kan, dipeR...kan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2023

Kembali ke atas