Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.san] | مانيسن

Definisi : , manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni.san] | مانيسن

Definisi : 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Tanam ubi tanam kembili,
     Mari dicolek santan manisan;
Adik hendak mencari bini,
     Kalau boleh hendak berbesan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confectionerykonfeksioneriMakanan dan PemakananMakananKumpulan manisan yang kaya dengan gula dan karbohidrat. Konfeksi terbahagi kepada dua pengelasan, iaitu konfeksi reroti dan konfeksi gula. Konfeksi reroti atau konfeksi tepung merangkumi pastri manis, kek dan produk sepertinya. Konfeksi gula termasuk gula-gula, gula berkacang, coklat, gula getah, manisan dan produk konfeksi lain yang diperbuat daripada gula sahaja.
compotemanisan buahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
honeymadu; manisanPertanianTiadaTiada
honeymadu; manisanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
fruit nectarmanisan buah-buahanPentadbiran PerniagaanTiadaCecair manis daripada buah-buahan.
citrus-plum compotemanisan plum sitrusPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ice creamaiskrimPentadbiran PerniagaanTiadaManisan yang sejuk daripada campuran berbagai-bagai bahan dan dibekukan.
nougatnugatMakanan dan PemakananTeknologi MakananManisan yang diperbuat daripada pes gula yang mengandungi kekeras cincang, atau potongan buah. Campuran ini biasanya disaluti dengan coklat.
confectionarykedai gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaKedai yang menjual manisan atau gula-gula dan kadang kala kandi dan aiskrim.
confectionerpembuat gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang membuat manisan atau gula-gula dan kadang kala kandi dan aiskrim.
123

Kembali ke atas