Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan ber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendak­nya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Tergising-gising seperti anak tiada diakui.

Bermaksud :

Orang yang sangat manja kepada majikannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lewat[le.wAt]kata adjektifterlalu manja (anak).Maklomle lewat sangat, sampai tak boleh berenggang langsong dengan mak.[mA/.lom.l« le.wAt sA.NAt sAm.pAj tA/ bo.leh b«.Ä«N.gAN ]Maklumlah manja sangat, hingga tidak boleh berenggang langsung dengan emak.
liok lentai[li.jo/ l«n.tAj] berkelakuan manja kerana berhajatkan sesuatu; lentok kulai, ngelese.Mulelah die liok lentai nakkan baju baru.[mu.l«.lAh di.j« li.jo/ l«n.tAj nA/.kAn bA.dZu bA.Äu]Mulalah dia bermanja-manja untuk mendapatkan baju baru.
lentok kulai[len.tok ku.lAj] berkelakuan manja kerana berhajatkan sesuatu; liok lentai, ngelese.Kalau dah lentok kulai macam ni adele yang die nak tu.[kA.lAw dAh l«n.to/ ku.lAj mA.tSAm ni A.d«.l« jAN di.j« nA/ tu]Kalau berkelakuan manja begini, adalah sesuatu yang dihajati.
ngelese[N«.le.se]kata kerjaberkelakuan manja kerana berhajatkan sesuatu; lentok kulai, liok lentai.Tengok orang besiap, mulelah die ngelese nak ikot.[te.No/ o.ÄAN b«.si.jAp mu.l«.lAh di.j« N«.le.se nA/ i.kot]Nampak orang sedang bersiap, mulalah dia berkelakuan manja supaya dapat ikut.
menuah-nuah[m«.nu.wAh.nu.wAh]kata adjektifmanja yang berlebihan sehingga kelihatan mengada-ngada.Meluat aku tengok perangai kau menuwah-nuwah amat.[m«.lu.wAt A.ku te.No/ p«.ÄA.NAj kAw m«.nu.wAh/.nu.wAh Meluat aku melihat perangai engkau ini, manja berlebih-lebihan.

Kembali ke atas