Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan ber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendak­nya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Tergising-gising seperti anak tiada diakui.

Bermaksud :

Orang yang sangat manja kepada majikannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALMI MANJA

SALMI MANJA, (1937 -      ), wartawan dan penulis Singapura.  Dia lahir pada 24 Julai 1937 di Singapura.  Nama sebenarnya ialah Saleha Abdul Rashid.  Nama samaran yang digunakannya ialah Melati Desa dan Rashidah Saleh.  Salmi mendapat pendidikan Inggeris dan Arab di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katund an Sekolah Arab Darul Maarif, Ipoh Lane, Singapura.  Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja sebagai guru agama di sekolah lamanya sebelum menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.

SASTERATokoh
BURUNG BAYAN

Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili

burung nuri. Burung bayan berwarna terang

dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru,

jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada

pendek dan bersegi empat, atau panjang dan

meruncing.

Burung bayan biasanya merupakan haiwan

kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah

akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai

kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit

mainan.

UMUM 
TINGGINYA MENYAPU AWAN

TINGGINYA MENYAPU AWAN, drama yang memenangi Hadiah Karya Sastera tahun 1975. Buku drama karya Malina Manja ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1978.

BUDAYAPenerbitan
BIDIN SUBARI

BIDIN SUBARI (1937-      ), penulis, pelakon dan pengarah drama.  Dia lahir pada 9 Disember 1937 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Dia juga menggunakan nama pena Malina Manja.  Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Tujuh di Sekolah Raja Muda, Kampung Baru dan di Sekolah Teknik, Kuala Lumpur. Dia pernah bertugas sebagai guru Training Under Other Scheme (TUOS) hingga tahun 1971, penyelia pementasan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hingga tahun 1976, dan sebagai pereka set hingga tahun 1983.  Sejak tahun 1984, dia bertugas di bahagian skrip dan cereka di RTM.

BUDAYATokoh
PESAKA

PESAKA, parti politik. PESAKA ialah singkatan Parti Pesaka Anak Sarawak. Parti ini ditubuhkan oleh orang Iban di Bahagian Sibu, Sarawak pada bulan Ogos 1962. Antara pemimpin Iban ang bertanggungjawab menubuhkan PESAKA ialah Penghulu Musam anak Radin, Penghulu Francis Bujang anak Manja dan Penghulu Francis Umpau. Temenggung Jugah kemudian dilantik sebagai Presiden PESAKA.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
A. SAMAD SAID, DATUK

A. Samad Said, Datuk (1935-   ), penulis, wartawan dan Sasterawan Negara yang keempat. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Abdul Samad bin Mohamed Said. Beliau pernah menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

SASTERATokoh

Kembali ke atas