Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.tap] | منتڤ

Definisi : 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk mene­tapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.tap] | منتڤ

Definisi : tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, selain kata majmuk yang telah mantap yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan, apakah lagi contoh lain kata majmuk yang telah mantap?Adakah silaturahim dikira sebagai kata majmuk mantap?Terima kasih.Perkataan "silaturahim" bukan kata majmuk yang mantap. Kata majmuk mantap hanya seperti yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan.Tatabahasa14.05.2013
Kata Majmuk Mantap (KMM)... Mengapa kata "BENDAHARI" tidak diklasifikasikan sebagai kata majmuk mantap? Bukankah kata dasarnya benda + hari? Matahari - gabungan mata + hari dan ia diklasifikasikan sebagai KMM... Mengapa "Bendahari" tidak? saya mohon penjelasanBuku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan hanya beberapa kata majmuk yang mantap tanpa mengehadkan jumlah dan bilangannya. Lembar Bahasa terbitan DBP mengumpulkan sejumlah perkataan yang sering ditemukan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Bendahari juga kata majmuk yang mantap, walaupun mungkin tidak tersenarai dalam kumpulan tersebut.Tatabahasa14.01.2017
Bagaimanakah terciptanya 15 kata majmuk mantap itu?Tiada maklumat tentang penerbitan kata majmuk yang telah mantap. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hanya menyenaraikan senarai kata berkenaan. Perlu diingat kata majmuk mantap lebih daripada 14 perkataan dan disenaraikan mengikut kelas kata, iaitu kata nama dan kata kerja. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 134.Tatabahasa15.11.2023
salam.saya ingin bertanya bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang telah mantap dan tidak. harap dapat menyertakan senarai kata majmuk yang mantapAda 14 jenis kata majmuk yang telah mantap, iaitu suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab.Tatabahasa22.11.2011
Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Senarai kekecualian dalam bahasa Melayu termaktub dalam buku pegangan untuk tatabahasa bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada rumus kekecualian,  yang ada cuma senarai kekecualian seperti yang  disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, dinyatakan kekecualian kerana tidak mengikut rumus dalam Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa19.04.2013
Kata majmuk mantap ialah bentuk perkataan yang terhasil selepas proses pemajmukan atau perangkaian dua perkataan. Dieja terpisah kecuali 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam TD. Apakah bentuk kata bagi perkataan seperti apabila, bagaimana, adakala, kenapa? Perkataan hari bulan BUKAN KATA MAJMUK, tetapi dua perkataan tersebut hadir bersebelahan untuk membawa maksud kesatuan yg khusus. Apakah bentuk perkataan ini? Terima kasih.Perkataan apabila, bagaimana, adakala dan kenapa memang bukan tergolong dalam kata majmuk.  Perkataan ini termasuk dalam kategori perkataan yang terkecuali yang dianggap telah mantap.Tatabahasa28.01.2016
Bolehkan tuan senaraikan kata majmuk yang telah mantap (yang dieja satu perkataan).Bentuk kata majmuk yang telah mantap hanyalah 15 sahaja iaitu antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.Tatabahasa09.12.2011
Mengapa perkataan "tatacara" tidak termasuk dalam kata majmuk mantap sedangkan ia ditulis secara rapat?Senarai kata majmuk mantap yang tersenarai dan tular dalam kalangan pengguna ialah contoh kategori kata berkenaan. Penulisan kata "tatacara" telah ada rumus dalam tatabhasa, iaitu awalan asing yang lama terserap masuk dan menjadi sebati dengan perkataan dasar bahasa Melayu sehingga penggunaannya amat produktif dieja bergabung dengan kata dasar. Tatabahasa05.11.2023
saya mohom untuk mendapat kesemua senarai kata majmuk yang telah mantap.Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa24.02.2013
Salam, adakah 'cenderamata' dianggap sebagai kata majmuk bentuk yang telah mantap? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu hanya terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap iaitu, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu.Tatabahasa10.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas