Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.tap] | منتڤ

Definisi : 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk mene­tapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.tap] | منتڤ

Definisi : tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65singkatan kata serapan daripada bahasa Arab turut dimasukkan dalam panduan ini kerana singkatan tersebut sering digunakan dalam penulisan SMS. Untuk kata tersebut, ada dua jenis singkatan. Pertama, singkatan yang telah mantap dan lazim digunakan; dan kedua, singkatan yang belum mantap tetapi boleh digunakan dalam penulisan SMS. i. Singkatan yang telah mantap dan lazim digunakan, contohnya: Sallallahualaihiwasallam - SAW Subhanahuwataala - SWT ii. Singkatan yang belum mantap dan boleh digunakan dalam penulisan SMS http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=4&hits=a0d+a16+a21+a2e+

Kembali ke atas