Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.te.ra] | منترا

Definisi : kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk me­nyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk se­suatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.te.ra] | منترا

Definisi : kata-kata yg diucapkan utk mendapatkan sesuatu dgn kuasa ghaib; jampi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantera
Rujuk :jampi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra.Ejaan yang betul ialah mantera.  Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra.Tatabahasa13.10.2013
Apakah maksud perkataan: Persona- Pesona -Pesona ialah guna-guna, mantera atau sihir.Makna12.05.2008
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona'

Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah.

mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:

Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Makna03.07.2009
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra.Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib.Makna25.10.2009
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasihTidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.02.2015
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Adakah perkataan "tawari" itu betul? atau kita haya boleh menggunakan menawari?Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud menawari ialah mem­berikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada, mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari, atau memujuk, memikat, menambat (hati perempuan). Istilah27.12.2016
Apakah padanan "Spellsword"? Secara mudahnya perkataan ini bermaksud seseorang yang menggunakan senjata dan sihir pada masa yang sama di dalam permainan atau kisah fantasi.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah spellsword ialah mantera pedang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Apakah istilah dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk menggantikan istilah occult literature daripada bahasa Inggeris? Apakah saya boleh menggunakan ejaan okult sebagai padanan bagi occult? Terima kasih.Dalam istilah bidang Kesusasteraan, padanan bahasa Melayu untuk "occult" ialah mantera.Istilah05.03.2017
Assalamualaikum, saya syamimi pelajar dari upm, saya telah diberikan tugasan yang bertajuk "unsur perubatan dalam karya sastera". oleh itu saya ingin memohon penjelasan daripada pihak tuan bagaimana untuk cara saya mencari maklmumat dan bahan tentang unsur peubatan ini. setakat ini sya telah memilih "mantera" sebagai bahan kajian saya... adakah betul bahab kajian saya itu?Alaikumussalam,

Saudara dicadangakan untuk menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera untuk maklumat lanjut.  Sila hubungi Encik Saifullizan Yahaya (21479237) atau Dr. Mohd Hanafi Ibrahim (21479230) Terima kasih.
Sastera22.04.2014
12

Kembali ke atas