Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nual] | مانوال

Definisi : 1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk melaksanakan sesuatu; 2. di­lakukan atau dikendalikan dgn tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tajuk yang betul. "Manual Penanaman Lada" atau "Manual Tanaman Lada"Tajuk yang betul ialah "Manual Penanaman Lada".Tatabahasa15.08.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves 2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves - Injap Tengah Manual Kawal Arah Hidraulik

2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various - Injap Biasa Tertutup Manual Kawal Arah Hidraulik
Istilah07.03.2016
Assalamualaikum..apa perbezaan modul dan manual? cth penyediaan modul keibubapaan dan manual keibubapaan..apa bezanya. terima kasih.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, modul bermaksud unit atau bahagian tersendiri yang leng­kap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar; dan juga bermaksud kursus, pelajaran (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.
Manual pula bermaksud  buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melaksanakan sesuatu. 
Tatabahasa17.12.2020
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasihKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama.Istilah11.02.2010
apakah maksud bahasa inggeris 'manual' dalam bahasa melayu? Terima kasihMakna manual ialah  buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melaksanakan sesuatu. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 997. Makna05.06.2008
Saya ingin mendapatkan pencerahan perbezaan diantara GARIS PANDUAN, MANUAL dan MODUL. Sekian, terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi garis panduan, manual dan modul adalah seperti yang berikut:

 

garis panduan

n maklumat yg boleh diikut dan dijadikan pegangan dlm melakukan sst rancangan, kerja, tindakan dsb;

 

manual

n buku, dokumen dsb yg mengandungi panduan, maklumat atau prosedur utk melaksanakan atau menggunakan sst: Beliau cuba membaiki penyaman udara di biliknya dgn merujuk manual.

 

modul

n 1 bahagian drp program, kursus, latihan dsb yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sst kelayakan atau kemahiran: Jabatan Bomba telah menerbitkan siri buku asas kebombaan yg merangkumi tujuh modul. • Modul ini ditujukan khas kpd ibu bapa atau penjaga yg mempunyai anak berusia di bawah 13 tahun. 2

 

Lain-lain18.06.2021
Assalammualaikum, saya merupakan pegawai di dalam Angkatan Tentera Malaysia, saya bertugas di dalam pembuatan manual baru untuk Tentera Darat Malaysia. Justeru, saya amat memerlukan kamus ejaan Bahasa Malaysia yang betul untuk menyiapkan setiap manual baru yang diterbitkan. Masalah saya adalah untuk memastikan penggunaan ayat yang digunakan betul mengikut ejaan Bahasa Malaysia standard yang digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mohon pihak tuan dapat memberi panduan untuk saya memperolehi melalui cari internet atau melalui dewan bahasa dan pustaka. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.
Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layarihttp://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
 
Selain itu, DBP juga ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388
Lain-lain07.11.2010
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan.

Jawapannya seperti yang berikut:

1. Halakan flash terus kepada objek.

2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. 

Tatabahasa17.11.2011
I wish to translate a manual from English to Bahasa, how do I go about it. ThanksSila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 atau Insitut Terjemahan Negara Malaysia 03-41497210.Lain-lain24.08.2009
Assalamualaikum wbt, Tuan boleh tahu panduan menerbitkan manual/buku teks pelaj bersama dbp.terima kasihSalam tuan,

Penerbitan Buku Teks 

Utk makluman tuan, penerbitan buku teks sama ada untuk sekolah rendah atau sekolah menengah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM).

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.01.2022
12345

Kembali ke atas