Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nual] | مانوال

Definisi : 1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk melaksanakan sesuatu; 2. di­lakukan atau dikendalikan dgn tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manual


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
KIROPRAKTIK

Kiropraktik ialah kaedah merawat penyakit,

terutamanya dengan memanipulasi spina pesakit

secara manual. Ahli-ahli kiropraktik percaya

bahawa vertebra yang terkehel boleh mengganggu

fungsi saraf.

UMUM 

Kembali ke atas