Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mem­punyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ancaman; Id. agen ancaman) Kaedah yang digunakan untuk mengeksploitasikan kegoyahan yang wujud dalam suatu sistem maklumat, mengganggu kelancaran pengendaliannya atau merosakkan integriti prasarana yang menyimpan sistem maklumat berkenaan. Contohnya, virus manusia atau bencana alam. agihan terpercaya (Ig. trusted distribution; Br. agihan dipercaya; Id. distribusi terpercaya) Kaedah untuk mengagihkan perkakasan, perisian, media dan data yang terlibat dalam Asas Pengkomputeran Terpercaya (TCB) dengan lain yang boleh membezakan dua atau lebih transaksi, mesej atau data tersebut. cap suara (Ig. voice print; Br. cetak suara; Id. cetakan wicara) Set ciri yang boleh diukur pada suara manusia yang boleh membezakan identiti setiap individu secara unik. Ciri ini Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 22 6/6/11 4:01:33 PM 23 cangkerang soket selamat (SSS) cap suara

Kembali ke atas