Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mem­punyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
human settlementpetempatan manusia; penempatan manusiaGeografiTiadaPetempatan manusia: Penghunian sebuah kawasan oleh manusia.
Internet of thingInternet bendaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaBenda yang memiliki kemampuan untuk menghantar maklumat melalui jaringan Internet tanpa memerlukan interaksi manusia ke manusia atau manusia ke komputer untuk memudahkan kehidupan manusia.
infectious diseasepenyakit berjangkitPerubatanTiadaPenyakit yang dapat dijangkitkan di antara manusia dengan manusia, atau di antara manusia dengan haiwan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
human settlementpetempatan manusia; penempatan manusiaSosiologiTiadaTiada
human settlementpetempatan manusia; penempatan manusiaKesenianTiadaTiada
unsur manusiaunsur manusiaKesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk manusia.
human computer interaction (HCI)interaksi manusia komputer (HCI)Teknologi MaklumatPerisianBidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI).
(o)estroneestronBiologiFisiologiBahan kimia yang dihasilkan daripada estradiol melalui pengoksidaan, terdapat di dalam urin manusia khususnya semasa hamil, plasma manusia, bendalir folikel ovari manusia, plasenta dan minyak isi rongkelapa sawit.
bounded rationalityrasionaliti terikatPentadbiranPentadbiran Awam

Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.

manpower administrationpentadbiran tenaga manusiaPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah pengurusan atau pengelolaan sumber manusia dalam organisasi. Biasanya, sumber manusia ditempatkan di jabatan tertentu bersesuaian dengan kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman mereka. Kaedah ini melibatkan deskripsi dan spesifikasi tugas yang khusus yang dibuat oleh pihak majikan untuk memudahkan kakitangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka serta meningkatkan produktiviti. Dalam konteks pengurusan sumber manusia, kaedah ini juga melibatkan undang-undang dan peraturan organisasi. Contoh, golongan profesional perlu melalui ujian atau syarat tertentu sebelum berkhidmat kepada masyarakat seperti guru yang perlu menjalani praktikal di sekolah, peguam perlu melepasi latihan dalam kamar dan doktor pula perlu menjalani latihan sebagai doktor pelatih.

12345678910...

Kembali ke atas