Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nus.krip] | مانوسکريڤ

Definisi : 1. naskhah tulisan tangan; 2. versi atau bahan (sesuatu karya) yg telah disediakan oleh penulis (editor dsb) utk dicetak dan diter­bitkan dlm bentuk buku dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nus.krip] | مانوسکريڤ

Definisi : naskhah, buku dll yg mula dibuat (sebelum dicetak) dlm bentuk bertulis tangan atau bertaip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manuskrip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Puan/Tuan Saya pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia ingin menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan pengurusan manuskrip di bahagian koleksi Arkib @Galeri Dan Khas. Begini puan,saya bersama beberapa orang rakan diberi tugasan untuk mengkaji manuskrip Islam di Malaysia.Disini saya ingin mengajukan beberapa soalan yang berkaitan manuskrip yang berada di Dewan Bahasa dan Pustaka? (1) Sepertimana yang kami tahu, bahan manuskrip disimpan di bahagian Arkib.Adakah terdapat dibahagian lain yang menyimpan bahan manuskrip tersebut? (2) Bagaimana bahan manuskrip ini dikatalog? (3) Berapakah jumlah manuskrip yang ada di DBP? Koleksi Melayu dan Arab ? Dan jumlah manuskrip dalam bentuk digital ? (4) Manuskrip terdiri daripada pelbagai bidang/subjek seperti hikayat,tradisional,perubatan dan lain-lain.Jadi kebanyakan manuskrip di DBP merangkumi dalam bidang apa? (5) Sebagai pelajar atau orang luar, bagaimana cara untuk kami mengetahui manuskrip untuk dijadikan bahan rujukan dalam kajian ? Apakah cara untuk kami mengekses maklumat berkaitan manuskrip dengan mudah yang terdapat di DBP.? (6) Bagaimana prosedur yang dilakukan untuk memperolehi manuskrip ? 7) Apakah manuskrip yang paling istemewa yang terdapat di DBP?

Jawapan kepada soalan:

1. Manuskrip disimpan di dalam bilik khas simpanan manuskrip, berasingan daripada koleksi yg lain .

2. Manuskrip dikatalog menggunakan borang khas dengan format tertentu dan manuskrip yg telah dikatalog diberi nombor selari contoh MS 112

3. Jumlah koleksi manuskrip yang terdapat di PDM lebih kurang 268 judul kebanyakan dalam bahasa melayu, koleksi digital boleh dirujuk melalui laman web mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenston 4. Merangkumi pelbagai bidang paling banyak kategori hikayat dan syair

5. Boleh rujuk katalog di PDM untuk menetukan bahan kajian (perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu) atau memilih judul di dalaml aman web mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenston

6. Secara ringkas manuskrip diperolehi samaada melalui hadiah drpd orang perseorangan atau dibeli (untuk keterangan tentang prosedur perolehan manuskrip disaran datang ke PDM Dewan Bahasa dan Pustaka)

7. Antara koleksi yang istimewa adalah manuskrip sejarah melayu yang telah mendapat pengiktirafan pihak UNESCO dan di daftarkan di dalam daftar Memory of The World.

Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan pihak puan untuk datang kesini untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Lain-lain30.03.2011
Assalamualaikum wbt. Saya memeerlukan penyemak bahasa untuk manuskrip saya yang akan diterbitkan. Mohon email penyemak bahasa tersebut untuk tujuan penghantaran manuskrip tersebut. Terima kasih.Untuk makluman Dr., kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak manuskrip terbitan luar, melainkan manuskrip dihantar kepada DBP untuk diterbitkan. Pihak kami boleh mempertimbangkan untuk menerbitkan manuskrip yang dihantar kepada kami, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.Lain-lain15.12.2015
assalamualaikum tuan,bagaimanakah cara untuk menghantar manuskrip.Bolehkah manuskrip di hantar melalui email,jika ada apakah alamat email tersebut . Terima kasihWaalaikumussalam, tuan boleh cuba menghungui bahagian pentadbiran Buku Umum untuk mendapatkan maklumat lanjut.  Cuba hubungi talian 03 2147 9426.Karya28.07.2016
Adakah manuskrip Melayu atau manuskrip (bertulisan tangan) boleh dikelaskan dalam bahan bercetak? Jika tidak adakah ia sesuai dikelaskan dalam kategori media lain atau bahan bukan bercetak?Manuskrip tulisan tangan dikelaskan sebagai bahan bercetak.Lain-lain07.12.2023
Saya telah hampir menyiapkan beberapa manuskrip untuk diterbitkan sebagai buku. Apakah proses selanjutnya yang perlu saya lakukan. Terima kasih Dr Mohd Hanip Hj HassanDewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip  berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata saudara ke Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut:
Ketua Bahagian Buku Umum,
Aras 13,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan.  Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan.
Lain-lain19.11.2015
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih.

Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak,  dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan.  Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis.

Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku.  Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku.

Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima.

 

Lain-lain22.12.2009
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih.1. Bengkel Perolehan Manuskrip
2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol.
Tatabahasa05.03.2013
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasihManuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp.  Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai.  Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan.  Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. Lain-lain04.05.2009
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Saya masih ingin bertanyakan tentang perkhabaran manuskrip saya. Saya ada menghantar manuskrip saya pada 16 JUN 2010 di alamat yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP. Ini adalah Judul manuskrip dan alamatnya : 1. Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Judul : 1. Kura-kura Yang Rajin 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut 3. Dunia Azim 2. Ketua, Pusat penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja ( PURNAMA ), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Judul : Buku cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul ( Siri 1, 2,3,4 ) SETELAH menghantar kesemua manuskrip itu, saya tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak DBP. Saya khuatir pihak DBP tidak menerima manuskrip saya. Saya menghantar manuskrip saya melalui Pos Ekspres. Harap dapat bantu saya. Saya ingin mengetahui status manuskrip saya itu. Jika ada sebarang kesulitan, bolehlah hubungi saya di : NAMA PENUH : NURUL FAREHAH BINTI JAAMAD ALAMAT : 1888-A, KM 8, JALAN HASHIM, KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA. NO.IC : 900521045508 NO. TEL : 0176665803 NO.RUMAH : 06-2680260Dimaklumkan bahawa manuskrip puan telah diterima dan sedang dinilai. Kami akan memaklumkan keputusan penilaian tersebut pada minggu hadapan. Lain-lain18.08.2010
SAYA BERCADANG UNTUK TERBITKAN BUKU BACAAN ILMIAH UMUM. SAYA ADA MANUSKRIP UNTUK DIHANTAR KEPADA PANEL. MOHON PENCERAHAN TATACARA/ PROSEDUR PENERBITAN BUKU JIKA DARI AWAL HINGGA BUKU DITERBITKAN.Salam sejahtera, Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini: 1. Penghantaran manuskrip kepada Pemgarah Jabatan Penerbitan. 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak. 3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan,tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip. 4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis. 5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya. 6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut. 7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479430).Lain-lain09.05.2020
12345678910...

Kembali ke atas