Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nus.krip] | مانوسکريڤ

Definisi : 1. naskhah tulisan tangan; 2. versi atau bahan (sesuatu karya) yg telah disediakan oleh penulis (editor dsb) utk dicetak dan diter­bitkan dlm bentuk buku dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nus.krip] | مانوسکريڤ

Definisi : naskhah, buku dll yg mula dibuat (sebelum dicetak) dlm bentuk bertulis tangan atau bertaip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manuskrip


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANUSKRIP ISLAM

Manuskrip Islam ialah warisan Islam yang dicatat

melalui tulisan tangan. Orang Islam sangat

mengambil berat terhadap manuskrip-manuskrip ini

memandangkan ia merupakan satu-satunya cara bagi

menjaga warisan yang dihasilkan melalui pemikiran

Arab dan Islam.

UMUM 
MANUSKRIP MELAYU

MANUSKRIP MELAYU, hasil sastera Melayu tradisional bertulis tangan dalam tulisan Jawi. Perkataan manuskrip berasal daripada perkataan Latin manus bermaksud tangan dan scriptus bermakna tulisan. Penghasilan manuskrip merujuk pada hasil yang bertulis tangan sebelum sesuatu masyarakat mempunyai alat percetakan. Bagi masyarakat Melayu, penghasilan manuskrip bermula dengan pesatnya selepas kedatangan Islam, iaitu selepas masyarakat Melayu menerima tulisan Jawi sebagai tulisannya. Dengan demikian, zaman perkembangan manuskrip Melayu ialah selepas kedatangan Islam hingga ke akhir abad ke-19.

SASTERAAlat/Alatan
MANUSKRIP

Manuskrip ialah istilah yang diberi kepada

sebarang dokumen yang ditulis dengan tangan atau

mesin seperti mesin taip atau komputer peribadi.

UMUM 
PUSAT PENYALINAN MANUSKRIPPUSAT PENYALIN MANUSKRIP, tempat penyalinan teks sastera tradisional.  Semenjak masyarakat Melayu menguasai tulisan Jawi pada sekitar abad ke-16, istana raja selain menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran, turut menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran, turut menjadi pusat aktiviti keilmiahan seperti menjadi pusat pengajian keagamaan, tempat perbincangan masalah agama, tempat pengaduan dan pengadilan.  Istana juga menjadi  tempat  berkumpulnya orang yang tahu membaca menulis sehingga ada di kalangan mereka yang dilantik sebagai pujangga istana.SASTERAInstitusi/Organisasi
PENYALIN MANUSKRIP

PENYALIN MANUSKRIP, orang perseorangan yang menyalin teks hasil kesusasteraan tradisional.  Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional.  Jarang sekali kita mengetahui nama pengarang kerana konvensyen sastera zaman dahulu tidak menggalakkan seseorang mencatatkan namanya pada karya yang dihasilkan.  Sesebuah hasil kesusasteraan juga dianggap sebagai karya bersama seluruh masyarakat dan pengarang seolah-olah tidak berhak meletakkan namanya.  Tidak meletakkan nama pada sesebuah karya juga merupakan amalan dalam perkembangan sastera lisan yakni seseorang dapat menambah dan mengurangkan bahan cerita sesuka hatinya kerana cerita itu dianggap hak bersama.

SASTERAKegiatan
SKROL LAUT MATI

Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba

yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di

dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat

Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama

skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak

gembala di dalam gua di Wadi Qumran (Lembah

Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun

1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah

menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi

tulisan purba ini.

UMUM 
PERPUSTAKAAN VATICAN

Perpustakaan Vatican ialah perpustakaan

Gereja Roman Katolik di Vatican City. Perpustakaan

ini satu daripada perpustakaan yang terpenting. Ia

mempunyai koleksi awal manuskrip dan buku

Nicholas ke-V, yang menjadi paus dari tahun 1447

hingga tahun 1455, dan mengasaskan perpustakaan

ini sebagai perpustakaan manuskrip bertulis

tangan.

UMUM 
AMALIY, AL-Amaliy, al- ialah sebuah sumber rujukan dan

manuskrip klasik. Penulisnya ialah Abu ‘Ali al-

Qaliy. Kitab ini merangkumi banyak ilmu

sebagaimana yang diterangkan oleh penulis

dalam pendahuluan buku yang akan dipaparkan

sebahagian daripadanya dalam artikel ini.

UMUM 
PUSAT PERKHIDMATAN SUNNAH DAN SIRAH NABI

Pusat Perkhidmatan Sunnah dan Sirah

Nabi ialah pusat yang ditubuhkan untuk

mengumpul dan menjaga manuskrip, buku-buku

yang telah dicetak, dokumen dan maklumat yang

berkaitan dengan sunnah dan sirah Rasulullah

s.a.w. untuk memberi kemudahan kepada para

pengkaji. Pusat yang terletak di Madinah al-

Munawwarah di Arab Saudi ini ditubuhkan pada

tahun 1406 H./1986 M., di Universiti Islam Madinah

dengan kerjasama Pusat Percetakan al-Qur’an ( al-

Mushaf al-Syarif) al-Malik Fahd.

UMUM 
PERPUSTAKAAN MITCHELL

Perpustakaan Mitchell, di Sydney, New

South Wales , mengandungi koleksi penyelidikan

berjumlah lebih 200 000 buah buku bercetak dan

beberapa ribu manuskrip, peta, lukisan, cetakan,

dan gambar tentang Australia. Koleksi ini juga

meliputi koleksi kawasan Pasifik dari Indonesia

hingga ke Hawaii, dan dari Filipina hingga ke

Antartik.

UMUM 
123

Kembali ke atas