Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra.ba.ha.ya] | مارابهاي

Definisi : bermacam-macam bencana atau bahaya; mara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marabahaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah perkataan marabahaya masih digunapakai? 2. Contoh ayat untuk marabahaya?
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), kata marabahaya masih digunakan dan olahannya adalah seperti yang berikut:


marabahaya مارابهاي  ktt bencana atau kesusahan yg berbagai-bagai: Kita bermohon kpd Tuhan supaya kita dijauhkan drp marabahaya. Mereka memandang sekeliling utk memastikan tempat itu jauh drp marabahaya.

bermarabahaya برمارابهاي  kl ktt menghadapi marabahaya: Hamba berasa bahawa pelayaran ini kelak bermarabahaya.
Lain-lain22.06.2021
Khidmat nasihat DBP menjelaskan bahawa perkataan "merbahaya" tidak wujud sebab tiada imbuhan "mer". Tetapi perkataan "merbahaya" masih banyak digunakan di bawah seksyen istilah DBP seperti hazardous material ialah "bahan merbahaya" dan sebagainya. Mohon jelaskan. Terima kasihPerkataan merbahaya pernah digunakan pada waktu dahulu.  Sekarang tidak lagi digunakan.  Perkataan yang betul ialah marabahaya yang bermaksud bermacam-macam bencana atau bahaya.

1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda  anak panah  (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya.
Istilah21.07.2014
Assalamualikum. Tuan, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan perkataan berimbuhan "merbahayakan". apa yang kita maklum bahawa tiada imbuhan Mer_ dalam bahasa Melayu. tetapi dalam satu kursus berkaitan tatabahasa yang saya hadiri, salah seorang penceramah menyatakan bahawa perkataan itu telah diterima pakai oleh pihak DBP. Adakah benar kenyataan penceramah itu? Jika benar, apakah rasional pihak DBP menerima perkataan "merbahaya" sebagai perkataan yang mempunyai makna? Jika alasan penerimaan penggunaan perkataan tersebut atas alasan telah mantap digunakan, maka saya sebagai guru Bahasa Melayu berasa amat kesal kerana pihak DBP seolah-olah tunduk kepada kesalahan. Sekian harap maaf dan terima kasih.Kamus Dewan Edisi Keempat, merakamkan perkataan merbahaya tetapi ditulis: merbahaya ->
marabahaya. Tanda  anak panah  (->) bererti lihat perkataan di hadapannya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah marabahaya. Kami khuatir maklumat ini disalah faham oleh pembaca yang melihat kamus. DBP konsisten dalam hal ini dan sehingga kini tiada sebarang perubahan, perkataan yang betul ialah marabahaya atau berbahaya, iaitu kata bahaya yang menerima awalan ber-.
Tatabahasa21.05.2015
1) Istilah 'merbahaya' diterima ? Kamus Dewan edisi 4 memasukkan entri perkataan ini sedangkan yang tepat bukankah 'berbahaya'. Perkataan ini juga terdapat dalam Lembar bahasa Bil 3/2000 keluaran Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam. 2) Adakah Pusat ini mengedarkan Lembar Bahasa secara terus ke sekolah-sekolah dari semasa ke semasa ? Ini adalah penting kerana sebarang perubahan dan kemusykilan dapat dijawaboleh guru-guru bahasa.

1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda  anak panah  (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman xlix.

2. Untuk mendapatkan Lembar Bahasa, saudara boleh  datang sendiri ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP. 

Istilah08.02.2010
Salam tuan, Minta penjelasan tentang perkara di bawah : 1. Penggunaan perkataan: bila mana , seperti mana. 2. Boleh ke digunakan awalan me untuk memakan / meminum 3. Mampan atau mapan 4. wujud ke tak perkataan merbahaya.

Saudara,

Bilamana bermaksud apabila, apakala atau ketika dan sepertimana bermaksud sebagaimana atau seperti. Imbuhan me... boleh digunakan untuk kedua-duanya.  Padanan bahasa Melayu untuk istilah sustainable ialah mampan manakala untuk established pula ialah mapan. Tidak wujud dan perkataan yang boleh digunakan antaranya marabahaya atau berbahaya. Terima kasih.

Makna01.02.2011
Saya kurang pasti dengan kesalahan bagi ayat-ayat di bawah: 1) Pada pendapat saya, perlaksanaan Program Kaunseling Rakan Sebaya sangat berkesan untuk melatih jati diri remaja. Kesalahan 1: Perlaksanaan menjadi pelaksanaan Kesalahan 2: ? 2) Encik Majid memperlahankan keretanya apabila sampai di kawasan sekolah untuk mengelakkan keadaan merbahaya yang mungkin akan berlaku. Kesalahan 1: Mengelakkan menjadi mengelak? Kesalahan 2: Merbahaya menjadi berbahayaUntuk makluman, perkataan yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut:

1. Pelaksanaan yang bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya. Manakala, perlaksanaan tidak tepat kerana membawa makna hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya)

2. Mengelakkan bermaksud: 1. menghindarkan diri (daripada terkena pukulan dan lain-lain); 2. melarikan diri daripada mengerjakan sesuatu.

3.  Berbahaya yang bermaksud ada bahaya, boleh mendatangkan baha dan dalam (terancam oleh) bahaya. Merbahaya tidak tepat kerana membawa maksud marabahaya, iaitu bermacam-macam bencana atau bahaya

Tatabahasa01.04.2017

Kembali ke atas