Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.ca.pa.da] | مرچاڤادا

Definisi : sl dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marcapada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada marcapada ini betul ke? Marcapada ini? atau Marcapada sekarang? yang mana satu betul?Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini. Melihat kepada aspek makna kata marcapada boleh didahului dengan kata sendi nama pada tetapi tidak dapat diikuti oleh kata ini dan sekarang. Tatabahasa06.09.2011
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'marcapada' bermaksud dunia sekarang ini. (1) Ayat yang manakah menggunakan perkataan 'marcapada' dengan betul: (a) 'Dalam meniti kehidupan pada marcapada,.......', (b) 'Dalam meniti kehidupan dalam marcapada,.......' atau (b) 'Dalam meniti marcapada,.......'? (2) Adakah frasa 'marcapada ini' dianggap lewah kerana marcapada sudah menunjukkan 'dunia ini'?Penggunaan kata sendi nama sebelum marcapada boleh digunakan atau ditiadakan.Tatabahasa31.08.2020
apakah maksud marcapada dan mayapadaMarcapada bermakna dunia sekarang ini. Contoh ayat : Orang Mukmin yang tidak terpengaruh dengan marcapada yang penuh dengan tipu daya. Mayapada bermaksud dunia dan sama makna dengan marcapada.Makna29.11.2007
Ayat yang manakah betul? A) Marcapada ini, B) Marcapada,

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, marcapada bermaksud dunia sekarang ini. Oleh itu, perkataan yang betul ialah marcapada dan tidak perlu ikuti dengan perkataan ini.

Makna24.01.2011
apakah maksud marcapada?Marcapada merupakan perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini.Makna15.11.2007
Selamat pagi, Saya hendak tahu bahawa perkataan "marcapada" yang bermaksud "dunia sekarang ini", bolehkah ditulis sebagai "marcapada ini"? Saya mendapati bahawa "marcapada ini" banyak digunakan sebagai penanda wacana, adakah frasa " marcapada ini" betul? Sekian, terima kasih.

Makna 'marcapada' ialah  dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. 

Tatabahasa26.11.2010
Pada marcapada ini, minat membaca dalam kalangan remaja semakin merosot. penggunaan "pada marcapada ini" sesuai dlm ayat ini?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, marcapada bermaksud dunia sekarang ini. Oleh itu, perkataan yang betul ialah pada marcapada dan tidak perlu ikuti dengan perkataan ini.Tatabahasa25.07.2013
maksud perkataan laif dan marcapada? adakah ayat ini betul?'marcapada ini,manusia laif dengan kebendaan??? terima kasih

Saudara Thrishnaa,

Maksud perkataan 'laif' dan 'marcapada' ialah daif dan dunia sekarang ini. Ayat seperti ini mungkin boleh digunakan dalam penulisan esei, novel atau cerpen.

Makna31.03.2010
pada zaman mutakhir ini betul ke? atau muktahir ini? atau muktahir ? Penggunaan 'marcapada ini' betul ke? atau cuma letak 'Marcapada' je?

Encik Yu,

Maksud mutakhir ialah terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Oleh itu frasa yang betul  ialah 'pada zaman mutakhir ini' atau ' mutakhir ini'.

Makna 'marcapada' ialah  dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. 

Tatabahasa18.05.2010
maksud perkataan intihanya, marcapada, uhwah,Perkataan intihanya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah intiha (bahasa Arab) yang bermaksud akhir, penghabisan, penutup, dan perhentian. Marcapada ialah bahasa klasik atau sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini, manakala ukhuwah  bermaksud persaudaraan.Makna01.11.2010
12

Kembali ke atas