Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl binatang liar; mergastua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. Id kelompok atau puak orang yg berasal drpd satu keturunan (di kalangan orang Batak); 2. bahagian daerah yg terdiri drpd beberapa buah dusun (Sumatera Selatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : binatang liar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 puak yg seasal atau yg sama keturunannya (di kalangan orang Batak). 2 bahagian daerah yg agak luas (di Sumatra Selatan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marga


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARGA

MARGA, suatu organisasi sosial yang asas bagi masyarakat Batak.  Konsep marga diamalkan oleh masyarakat Batak di Sumatera Utara, Indonesia.  Setiap marga mempunyai nama pengasasnya (nama keluarga).  Sumatera Utara mempunyai beberapa suku bangsa Batak yang mendiami kawasan tertentu.  Misalnya, suku bangsa Karo mendiami bahagian utara Tapanuli dan suku bangsa Simalungun mendiami bahagian timur-laut Tapanuli.  Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa tiada suku bangsa lain di kawasan tersebut. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PAMUSUK ENESTE

PAMUSUK ENESTE (1951-   ), penulis Indonesia.  Dia lahir di Padang Matinggi, Sumatera Utara, Indonesia.  'Eneste' sebenarnya ialah 'Nst' iaitu singkatan bagi Nasution, satu marga di daerah Tapanuli, Sumatera Utara.  Pamusuk mengikuti kursus dalam Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta pada tahun 1977.  Di Universitas Indonesia, dia pernah menjadi pemimpin redaksi majalah kampus, Tifa Sastra (1972-1978).  Dia juga menjadi pengarang budaya akhbar kampus, Salemba (1976-1978).

SASTERATokoh

Kembali ke atas