Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri.jua.na] | ماريجوانا

Definisi : ganja (bahan dadah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri.jua.na] | ماريجوانا

Definisi : daun atau bunga pokok hem yg dikeringkan dan digunakan utk membuat dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marijuana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marijuanamarijuanaPerubatanTiadaSejenis dadah yang terhasil daripada daun dan bunga pokok Cannabis sativa yang biasanya disalahgunakan untuk menimbulkan keadaan khayal. Marijuana diambil secara inhalasi atau oral dan menyebabkan euforia, ketawa yang tak terkawal dan gangguan deria rasa. Nama lain bagi marijuana ialah ganja dan kanabis. Sinonim ganja.
marijuana plantpokok marijuanaUndang-undangTiadaTiada
marihuana (marijuana)ganja/marijuanaPerubatanTiada2. Sediaan mentah daripada daun dan bunga tumbuhan Cannabis sativa, biasanya digunakan di dalam rokok dan dihisap untuk mendapatkan sifat euforiknya.
marijuanaganjaPerubatanTiadaLihat marijuana.
CannabisCannabisKimiaForensikTumbuhan hem yang digunakan sebagai sumber marijuana, hasyis, dan sumber ubat mengubah minda. Semua bahagian tumbuhan ini mempunyai tetrahidrokanabinol (THC) yang merupakan bahan kimia yang boleh mengubah minda, tetapi jumlah yang paling banyak terdapat pada bahagian bunga. Contoh spesies tumbuhan ini ialah Cannabis indica dan Cannabis sativus. Sinonim Cannabis indica, Cannabis sativlls
dangerous drugdadah berbahayaHerbaPeraturan dan PemasaranUbat atau bahan yang memudaratkan seperti dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952. Contohnya ialah opium, koka, ganja dan marijuana.
Δ-9-terrahydrocannabinolΔ-9-tetrahidrokanabinolKimiaForensikFormula kimia, C21H30O2. Minyak likat yang larut dalam etanol, aseton dan petroleum, tetapi tidak larut dalam air. Bahan aktif utama marijuana ini pernah digunakan untuk merawat sesetengah kes loya dan muntah ekoran kemoterapi kanser. Bahan ini merupakan bahan kawalan.
psychological dependencekebergantungan psikologikalPerubatanTiadaPengambilan ubat secara berterusan bagi mendapatkan kebaikan fizikal dan mental. Kebergantungan psikologikal boleh berlaku pada mana-mana ubat walaupun ubat tersebut tidak mempunyai kesan terus kepada minda. Contoh ubat yang boleh mendapatkan kebergantungan psikologikal ialah marijuana, laksatif dan analgesik.
central CNS stimulantperangsang sistem saraf pusatPerubatanFarmakologi

Bahan atau ubat yang meningkatkan aktiviti otak melalui rangsangan terus atau menghalang aktiviti pengutus neuro perencat. Bahan ini akan menyebabkan seseorang menjadi lebih aktif, bertenaga atau sukar tidur. Kebanyakan bahan ini menyebabkan ketagihan dan tolerans. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan sawan dan kematian. Contoh ubat ialah Amphetamine, Cocaine, kafein, marijuana dan alkohol.


Kembali ke atas