Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.kah] | مرکه

Definisi : 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti; memarkahi memeriksa dan memberi mar­kah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu; pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pem­berian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; pemarkah pemeriksa atau penguji yg mem­berikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mar.kah] | مرکه

Definisi : angka yg diberikan utk menunjukkan kemajuan murid dlm sesuatu mata pelajaran ketika diadakan ujian atau peperiksaan: Dia telah mendapat ~ penuh utk ilmu hisab. memarkahi memeriksa dan memberi markah kpd: Para pemeriksa ~ kertas ujian itu. pemarkahan perbuatan atau cara memarkahi sesuatu: Sistem ~ yg adil telah dilaksanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata markah


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
data terkumpulgrouped dataData mentah yang disusun mengikut selang kelas yang seragam. Contohnya, markah bagi 50 pelajar mengikut selang kelas 0 -9, 10 -19, 20 - 29.Menengah Atas
data tak terkumpulungrouped dataData mentah yang tidak disusun mengikut sebarang pengelasan. Setiap satunya wujud secara individu. Contohnya, markah bagi 5 pelajar ialah 60, 80, 65, 90, 73.Menengah Atas

Kembali ke atas