Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.lin] | مرلين

Definisi : sj ikan laut yg besar drpd genus Makaira atau Tetrapterus dgn rahang atasnya panjang dan runcing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marlin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marlinsesuju (suji)PertanianTiadaTiada
marlin luresgewang layaranPerikananTiadaGewang yang digunakan untuk menarik perhatian ikan layaran (mersuji). Gewang layaran berbentuk seakan-akan sotong dan mempunyai ekor pelbagai warna. Bahagian kepala gewang layaran biasanya berwarna lebih gelap seakan-akan sotong sebenar. Gewang layaran merupakan umpan tiruan yang paling besar berbanding gewang yang lain. Sinonim umpan layaran.
marlin/billfishmersujiPerikananTiadaSejenis ikan laut daripada famili Istiophoridae, genus Makaira yang terdapat di laut tropika. Ikan ini mempunyai sirip dorsal bersaiz sederhana dan muncung yang panjang. Mersuji digemari pemancing kerana sifat ikan ini yang kuat bertarung.
marlin luresumpan layaranPerikananTiadaLihat gewang layaran.
blue marlinmersuji biruPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Makaira mazara. Mersuji biru bermuncung tajam seperti tombak, bersisik halus serta bahagian atas badan berwarna biru gelap. Ikan ini hidup di laut lepas, bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim serta menyambar mangsa yang terdiri daripada sotong dan pelbagai jenis ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar dan mempunyai kekuatan yang lebih kuat berbanding mersuji hitam. Ikan ini memberikan pertarungan yang sengit semasa bertarung dan biasanya memerlukan tenaga berkumpulan untuk mendaratkannya ke atas bot.
black marlinmersuji hitamPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Maikara indica yang mempunyai muncung tajam seperti tombak, bahagian belakang berwarna biru gelap dan bahagian bawah berwarna putih keperak-perakan. Mersuji hitam hidup di laut lepas dan bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim dan suka menerkam mangsa seperti sotong dan ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar yang memberikan pertarungan sengit kepada pemancing dan biasanya ditangkap menggunakan kaedah mengerek (mengolak).

Kembali ke atas