Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.syal] | مرشل

Definisi : 1. pegawai tertinggi dlm tentera, je­ neral besar; ~ tentera darat pegawai tertinggi dlm tentera darat; 2. pegawai yg bertugas mengawal atau menyelia perjalanan sesuatu acara umum, terutamanya acara sukan spt perlumbaan kereta dsb: 40 orang ~ per-lumbaan dr Portugal akan membantu ~ tem-patan apabila Litar F1 Sepang menganjur-kan perlumbaan Grand Prix Malaysia Petro-nas 1999 pd 17 Oktober ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marsyal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Marshaller” atau “aircraft marshaller” merupakan individu yang bertanggungjawap bagi memandu pergerakan kapal terbang di landasan. Boleh saya tahu apakah perkataan "Marshaller/aircraft marshaller" dalam Bahasa Melayu untuk saya gunakan?Dalam bidang sukan marshall diterjemahkan kepada marsyal atau pengawas. Marshall dan marshaller merujuk perkara yang sama, namun penggunaannya berbeza mengikut bidang. Bidang ketenteraan menggunakan marshaller. Oleh itu, kami mencadangkan istilah marsyal atau pengawas digunakan.Penyemakan dan penterjemahan26.10.2019
Fire Marshal merupakan individu yang bertanggungjawap bagi memastikan pengosongan bangunan ketika berlakunya kebakaran. Boleh saya tahu apakah perkataan "Fire Marshal" dalam bahasa untuk saya gunakan?Salam sejahtera,

Fire marshal dikenali sebagai Marsyal kebakaran dalam bahasa Melayu.

Sekian. Terima kasih. 
Istilah14.02.2018

Kembali ke atas