Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas] | مس

Definisi : akronim bagi Malaysian Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas] | مس

Definisi : 1. bp sj logam berwarna kuning yg mahal harganya; 2. sl sj mata wang; 3. Kl duit syiling yg bernilai 50 sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas] | مس

Definisi : Jw 1. panggilan yg ertinya hampir sama dgn tuan, encik; 2. panggilan mesra utk suami dll: silakan masuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas] | مس

Definisi : logam berwarna kuning yg sangat berharga (dijadikan perhiasan spt cincin, rantai); emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mas] | مس

Definisi : panggilan yg karib atau mesra (spt ketika isteri memanggil suami): ~, marilah makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mas

Puisi
 

Kekalkan Mas Merah dari Seberang,
     Singgah sebentar ke Tanjung Puri;
Buah hati kekasih orang,
     Rindu kutanggung seorang diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kerana cenderawasih,
     merak mas (emas) dilepaskan.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pisang mas di luar, onak di dalamnya.Mulut manis yang berisi tipu muslihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan.Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas