Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : 1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : sesuatu yg mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yg tidak dpt diselesaikan bermasalah mempunyai masalah. permasalahan yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,

Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN

Kejuruteraan bioperubatan ialah bidang

yang menggunakan pengetahuan kejuruteraan

untuk menyelesaikan masalah-masalah biologi

dan perubatan. Jurutera bioperubatan terdiri

daripada golongan profesional penjagaan

kesihatan, termasuk doktor, jururawat, dan

juruteknik perubatan. Terdapat juga, jurutera

bioperubatan terlibat dalam menjalankan

diagnosis dan rawatan penyakit manusia. Ada

pula menjalankan penyelidikan, mereka bentuk

peralatan perubatan, atau membina prosedur

perubatan yang baharu.

UMUM 
HIKAYAT SERIBU MASALAH

Hikayat Seribu Masalah ialah hikayat yang tergolong dalam sastera keagamaan.

SASTERAKarya
AUDIOLOGI

Audiologi ialah profesion yang tertumpu pada

pengesanan dan rawatan masalah pendengaran.

Ahli audiologi menentukan sama ada seseorang

mempunyai masalah kurang pendengaran atau

tidak. Mereka juga mengukur kesan kehilangan

pendengaran separa atau keseluruhan berdasarkan

kebolehan pesakit berkomunikasi.

UMUM 
BAHRUM RANGKUTI

BAHRUM RANGKUTI (1919-1977), penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 7 Ogos 1919 di Tigor, Galang, Sumatera Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Haji Laksamana Bahrum Rangkuti. Ayahnya bekerja sebagai penyunting buku di sebuah penerbit swasta dan ibunya pula sering memberikan tumpuan pada masalah-masalah agama Islam serta tertarik pada ilmu tasawuf.

SASTERATokoh
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM 
NYANYUK

Nyanyuk ialah istilah umum yang digunakan untuk

menerangkan masalah mental tertentu yang memberi

kesan terutama kepada golongan yang berumur.

Istilah nyanyuk sebenarnya merujuk kepada

sebilangan besar keadaan dengan sejumlah

penyebab yang besar. Kebanyakan pakar yang terlibat

dengan masalah golongan berumur ini, mengelakkan

daripada menggunakan istilah ini. Tiada satu keadaan

yang dikaitkan dengan penggunaan istilah ini tidak

dapat dielakkan dalam peningkatan usia, dan ramai

yang boleh dibantu dengan rawatan perubatan

secara spontan.

UMUM 
METADON

Metadon ialah dadah yang digunakan dalam

program percubaan yang bertujuan untuk

membantu mengatasi masalah ketagihan terhadap

dadah seperti heroin, morfin atau candu.

Kebanyakan program seperti ini juga meliputi

kaunseling untuk membantu penagih mengatasi

masalah psikologi, sosial dan pekerjaan.

UMUM 
PUSAT PENYELIDIKAN KURMA

Pusat Penyelidikan Kurma ditubuhkan pada

tahun 1402 H./1982 M. di Ahsa’ Arab Saudi. Ia

bertujuan untuk mengkaji, mempelajari,

menyelesaikan masalah dan memberi tunjuk ajar.

Pusat ini juga menjalankan kajian secara praktikal

bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan

dengan penanaman, pengeluaran dan pengilangan

kurma. Pejabat pentadbiran penyelidikan ini

terletak di pusat latihan dan kajian pertanian dan

perladangan sejauh 15 kilometer melalui jalan

Hufuf-Qatar.

UMUM 
PENYELESAIAN DIPLOMATIKPenyelesaian masalah tertentu melalui rundingan diplomatik.UNDANG-UNDANGKonsep
TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan

gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi

pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak

dan orang dewasa yang pertuturannya

mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan

mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar.

Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi

pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan

cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru.

Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi

pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala

dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan

bahasa, atau klinisian pertuturan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas