Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : 1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : sesuatu yg mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yg tidak dpt diselesaikan bermasalah mempunyai masalah. permasalahan yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,

Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dynamic programmingpemprograman dinamikPentadbiranTiadaPendekatan penyelesaian yang mana masalah-masalah dibahagikan kepada submasalah-submasalah dan keputusan dibuat secara berjujukan.
down timemasa hentiKomunikasiTiadaMasa yang tidak dapat digunakan semasa penggambaran kerana masalah-masalah tertentu seperti kerosakan peralatan rakaman, perubahan lokasi, pengubahsuaian adegan dan sebagainya.
numerical analysisanalisis berangkaMatematikTiadaSatu cabang matematik yang berkaitan dengan penyelesaian berangka bagi masalah-masalah yang dirumus dan dikaji dalam cabang matematik yang lain.
rerecordingrakaman semulaKomunikasiTiadaProses merakam semula rancangan radio atau televisyen yang disebabkan oleh masalah-masalah dari segi teknikal, mutu kandungan atau undang-undang.
combinatorial analysisanalisis kombinatorikMatematikTiadaCabang matematik yang berkaitan dengan teori pengangkaan, gabungan dan pilih atur bagi menyelesaikan masalah-masalah tentang kemungkinan berlakunya pembinaan susunan objek bagi memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.
problem-solving decisionkeputusan penyelesaian masalahPengurusanPerancanganKeputusan yang dibuat oleh seseorang pengurus dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam organisasi. Proses ini melibatkan kemahiran berfikir untuk mengenal pasti dan memahami punca masalah dan menganalisis alternatif yang ada sebelum membuat keputusan penyelesaian masalah. Masalah yang rumit dan kompleks mungkin memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi, sumber maklumat yang mencukupi dan aplikasi teknik atau peralatan yang bersesuaian.
humanistic psychologypsikologi kemanusiaanPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan kepada pertumbuhan diri, pengawalan diri dan pencapaian potensi diri serta masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Bidang ini menekankan kepentingan konsep kehendak diri yang bebas untuk memilih hidup secara kreatif, bermakna atau selamat tanpa dikawal oleh kuasa luar seperti pembelajaran terlazim atau pengalaman tanpa sedar. Bidang ini juga biasanya mengkaji peranan keperluan kasih sayang, pencapaian harga diri, kreativiti dan kerohanian. Keperluan-keperluan ini membolehkan individu mendapat kesejahteraan yang tinggi dalam aspek psikobiososialnya. Ahli psikologi yang mengembangkan bidang ini antaranya ialah Abraham Maslow, Carl Rogers dan Clark Moustakas.
mental disordergangguan mentalFarmasiFarmakologiSebarang penyakit atau keadaan seseorang yang berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pada otak, yang seterusnya mengganggu fungsi otak. Gangguan mental, seperti halusinasi boleh berlaku disebabkan masalah-masalah psikologi atau boleh juga disebabkan oleh pengambilan drug dan alkohol, atau disebabkan oleh penyakit organik seperti barah otak, nyanyuk dan keletihan.
casingselongsongKejuruteraanPetroleumPaip keluli yang dipasang di lubang telaga semasa aktiviti penggerudian dan pelengkapan telaga bagi mencegah dinding lubang yang telah digerudi dari runtuh semasa penggerudian diteruskan, dan bagi mencegah terjadinya masalah-masalah lubang yang lain.
stepwise refinementpenghalusan berperingkatTeknologi MaklumatTiadaProses pembahagian berulang sesuatu masalah kepada masalah kecil sehingga keseluruhan algoritma masalah tersebut diselesaikan.
12345678910...

Kembali ke atas