Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , al-Masih Nabi Isa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = al-~ Nabi Allah Isa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 terus dlm keadaan sebelumnya; belum selesai: Ketika saya sampai, dia ~ tidur. 2 = ~ lagi ada lagi; tinggal lagi: Wangnya ~ sepuluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a. Adakah ayat di bawah betil? 1. Dapat menguasai semua huruf. 2. Masih perlu berusaha. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. 4. Sangat memuaskan. 5. Pembentukan suku kata sangat memuaskan. 6. Masih belum menguasai suku kata yang dipelajari. 7. Sederhana dalam pembentukan suku kata. 8. Ada kemajuan dalam mengenali suku kata. 9. Sebutan suku kata yang lancar. 10. Pencapaian yang bagus dalam ejaan. 11. Masih ada ruang untuk kemajuan. 12. Masih belum boleh bercerita tetapi kopmunikasi yang mudah dapat difahami. 13. Masih dalam proses untuk kemajuan. 14. Pencaipaian yang memuaskan dalam segi cerita dan komunikasi. 15. Dapat menyusun semula ayat dengan penuh keyakinan. 16. Penyusunan semula ayat masih perlu diperhatikan. 17. Dapat membaca ayat dengan penuh keyakinan. 18. Pembacaan ayat tidak lancar. 19. Bacaan kurang lancar. 20. Masih belum boleh membaca ayat. 21. Perlu bimbingan yang lebih dari guru. 22. Tulisan yang kemas. 23. Masih perlu latihan yang lebih dalam teknik menulis.1. Dapat menguasai semua huruf. - Ayat ini tidak lengkap kerana tidak ada subjeknya. 
2. Masih perlu berusaha. - Tidak lengkap kerana tiada subjek.
3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. - Ayat tidak lengkap.
Untuk soalan 4 - 23, sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan. Sebahagian besar daripada contoh yang diberikan bukan ayat lengkap, tidak ada subjek atau pelaku dalam ayat tersebut. Untuk membina ayat dengan lengkap, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.
Tatabahasa14.05.2012
Salam. Penggunaan Kata Bantu "masih" Ayat: Ali masih belum makan lagi. Adakah ayat di atas itu betul? Terima kasihKata bantu aspek ‘masih’ digunakan dengan betul dalam ayat Ali masih belum makan lagi.Tatabahasa11.02.2015
Mengapakan frasa "belum masih cukup" salah dan frasa yang betul "masih belum cukup"?. Hukum tatabahasa apakah yang diguna pakai?Perkataan belum dan masih merupakan merupakan kata bantu aspek. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata bantu aspek boleh hador secara berderetan seperti pada halaman 396 dalam buku Tatabahasa Dewan.

Penggunaan yang betul ialah masih belum mencukupi. Penggunaan belum masih tidak tepat dari segi makna yang hendak disampaikan. Contohnya dalam ayat  Ali masih belum tidur dan Ali belum masih tidur. Ayat yang gramatis ialah ayat yang pertama yang mempunyai makna yang jelas.
Tatabahasa07.01.2018
Saya belum makan. Saya masih tidak makan Saya masih belum makan Saya belum makan lagi. Ayat yang manakah betul? dan Apakah perbezaan di antara ayat-ayat di atas?Ayat yang lebih tepat ialah "Saya masih belum makan."
Ayat ini gramatis dan mempunyai makna yang jelas.
Lain-lain09.11.2022
masih keliru penggunaan 1. Felo kehormat atau felow kehormat 2. Felow penyelidik atau felo penyelidik mohon pencerahan. terima kasih.Jawapan yang betul ialah ‘felow penyelidik’.  ‘Felow’ daripada perkataan ‘fellow’ yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional.Ejaan03.10.2018
Masih lagi di bawah masalah istilah compellingness.....saya telah menjumpai satu artikel yang berkaitan istilah ni, harap pihak tuan dapat menterjemahkan dalam situasi yang sesuai kerana pendorong bukanlah ayat yang sesuai menggantikan compellingness dalam subjek kajian saya. Bersama-sama ini adalah artikel yang berkaitanBerdasarkan konteks penggunaan perkataan compellingness, kami mencadangkan diterjemahkan kepada kependorongan (berkaitan dengan sifat-sifat pendorong); atau daya penarik (kebolehan untuk menarik sesuatu). Sila pilih mana yang lebih sesuai kerana kami merasakan tuan lebih menguasai bidang tersebut dan cadangan kami berdasarkan konteks yang sedia ada dengan maklumat yang terhad.Penyemakan dan penterjemahan02.11.2014
Masih ada penggunaan analisa dalam media. Atau ada perbezaan analisa dan analisisPerkataan/ejaan yang betul ialah analisis. Analisa ialah ejaan lama.Ejaan11.02.2014
Masih dengan persoalan "antara...dan" dan "antara dengan". Adakah "antara...dengan" digunakan dlm kes perbandingan? Bagaimana pula dengan contoh ayat di bawah? 1) PErkahwinan antara William and Carol berakhir dengan perceraian. 2) Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dan umat-Nya.Kata sendi 'antara' perlu diikuti oleh kata sendi nama 'dengan' atau kata hubung 'dan'. Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah  'Perkahwinan antara William dengan Carol berakhir dengan perceraian dan Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dengan umat-Nya'. Penerangan dan contoh penggunaan kata sendi 'antara' diikuti kata hubung 'dan' telah diberikan sebelum ini.Tatabahasa08.03.2011
Ayat yang mana betul. 1. Kami masih mencari jawapan tentang soalan Matemaik itu. 2. Kami masih bercari jawapan tentang soalan Matematik itu. 3. Kami masih bercari tentang jawapan soalan Matematik itu.Ayat yang lebih tepat ialah "Kami masih mencari jawapan untuk soalan matematik itu".Lain-lain07.04.2016
penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih-Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." Ejaan21.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas