Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , al-Masih Nabi Isa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = al-~ Nabi Allah Isa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 terus dlm keadaan sebelumnya; belum selesai: Ketika saya sampai, dia ~ tidur. 2 = ~ lagi ada lagi; tinggal lagi: Wangnya ~ sepuluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apexogenesisapeksogenesisPergigianTiadaProses melengkapkan pembentukan akar bagi gigi berkaries besar yang masih vital tetapi akarnya masih belum tertutup sepenuhnya. Akar gigi biasanya akan tertutup perlahan-lahan setelah gigi erupt. Proses ini dilakukan dengan membuang keseluruhan bahagian koronal kebuk sehingga ke lantai kebuk pulpa. Selepas pendarahan pulpa dikawal, simen kalsium hidroksida diletakkan di kawasan bumbung sebelum restorasi tetap dibuat. Pembentukan akar gigi ini akan diperhatikan sehingga lengkap dengan cara mengambil radiograf setiap enam bulan. Setelah selesai pembentukan akar, gigi ini akan dianalisis kembali kevitalannya dan sekiranya tidak lagi vital, rawatan kanal akar harus dilakukan.
books rarebuku nadirPerpustakaanTiadaBuku-buku lama yang terhad bilangan naskhah yang masih wujud atau masih terdapat masa kini.
tutelage regimerejim asuhanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang baru dibentuk dan masih dalam keadaan tidak mantap. Pembinaan institusi politik pemerintahan ini masih berada dalam peringkat percubaan. Pemerintahan ini juga memerlukan bimbingan dan sokongan daripada pihak luar atau negara lain. Rakyat masih belum memahami sepenuhnya akan perjalanan pemerintahan dan kedudukan kerajaannya masih rapuh. Kebanyakan negara sedang membangun yang baru merdeka pada dekad 1940-an dan 1950-an berada dalam kategori ini. Contoh negara rejim asuhan kini ialah Timor Leste.
bounded rationalityrasionaliti terikatPentadbiranPentadbiran Awam

Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.

cub reporterpemberita pelatihKomunikasiTiadaPemberita yang masih dalam proses latihan. Pada masa yang sama beliau masih terus membuat liputan tentang peristiwa yang berlaku.
after dischargediscas susulPerubatanTiadaGerak balas yang masih ada selepas rangsangan dihentikan,. 2. Kegiatan otot yang masih ada selepas terhentinya pengecutan dalam miotonia
widgetwidgetKomputerTiadaSebarang peranti serba guna, termasuk yang masih belum dicipta. Adakalanya identiti produk dan fungsi peranti tersebut masih kabur.
dumpster divingselongkar tong sampahAlam SekitarTiadaAmalan mencari sisa makanan terbuang yang masih elok atau mengitar barangan yang masih boleh digunakan atau berharga.
premain sequence starbintang prajujuk utamaMatematikTiadaBintang Be, Ae dan T Tauri yang masih mengembang dan menguncup dan dikeliling oleh gas serta debu dan masih belum menjadi bintang jujukan utama.
mal ghair mutaqawwamharta tak bernilaiPerniagaan IslamTiada1. Harta yang tidak dimiliki, seperti haiwan yang masih lagi belum ditangkap, bahan galian yang masih mentah atau tumbuh-tumbuhan di padang. Sekiranya dimiliki, syarak membenarkan pengggunaan harta tersebut. 2. Sesuatu yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh syarak kepada orang Islam kecuali ketika darurat, seperti arak dan babi.
12345678910...

Kembali ke atas