Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Balasatudin berasal nama,
     Yang bernama si Simpanglah Tiga;
Orang lain bukan tak ada,
     Abang seorang masih di mata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. di sini saya ingin ajukan pertanyaan, adakah ayat " esok masih ada" terdiri dalam kategori peribahasa atau percakapan biasa.Esok Masih Ada bukanlah peribahasa, sebaliknya ungkapan umum yang menjadi tajuk sebuah filem.Tatabahasa15.01.2013
Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama. Adakah salah kalau ditulis esok Masih Ada sahaja tanpa tanda pengikat? terima kasihSebagai tajuk filem atau tajuk lagu perlu dibuat tanda petik. Jika tidak ditulis tanda petik mungkin boleh timbul kekeliruan sama ada itu perkataan biasa atau nama bagi sesuatu perkara  yang lain.Karya24.04.2012
Cikgu Dewan, saya berharap agar dapat membaca karya-karya Nik Safiah Karim. Di manakah karya beliau dijual? Adakah stok masih ada pada kini? Kerana tulisan-tulisannya biasa diterbitkan pada sekitar tahun 2005 dan 2006, jadi saya tidak tahu masih ada stokkah atau tidak.Pertama, tuan hendaklah mendapatkan senarai karya-karya YBhg. Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang ingin dibaca. Kedua, tuan bolehlah menghubungi atau datang sendiri ke Kedai Buku Koperasi DBP untuk menyemak senarai tersebut. Pilihan lain, tuan juga boleh mengunjungi perpustakaan DBP, iaitu Pusat Persuratan Melayu DBP bagi menyemak senarai tersebut.Lain-lain16.07.2014
Assalamualaikum. Didapati ialah bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Mohon penjelasan pihak tuan tentang penggunaan ungkapan “adalah bahawa” dalam ayat ini. Terima kasih.

Saudara,

Perkataan 'adalah' merupakan kata pemeri dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya : Sumbangan beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar; Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.

Berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul ialah ' Didapati bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan edisi Ketiga.   

   

Tatabahasa04.11.2009
Bagaimana saya ingin mendapatkan buku-buku terbitan DBP iaitu Totto Chan-Gadis kecil dijendela yang diterjemahkan oleh Samsuddin Jaapar dan diterbitkan pada tahun 1989Sdr. Sifuy, judul ini sudah lama diterbitkan. Saya tidak pasti sama ada masih ada dalam stok kedai buku DBP. Memandangkan buku ini projek terjemahan, DBP tidak boleh membuat cetak ulang kerana bergantung pada perjanjian dengan penerbit asal. Sebagai pilihan, sdr. boleh dapatkan judul ini dari Pusat Dokementasi Melayu DBP (sebagai bahan bacaan sahaja). Terima kasih.Lain-lain28.05.2013
Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tqAyat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba.Tatabahasa26.08.2008
Bezakan kata 'berlayar' dengan 'belayar'? Mengapakah masih ada sesetengah buku yang menerangkan maksud 'berlayar' sama dengan 'belayar'? Saya ingin mendapatkan kepastian tentang kosa kata iniPerkataan belayar dan berlayar terdapat dalam Kamus Dewan. Berlayar bermaksud menggunakan layar. Belayar bermaksud 1. berjalan atau bergerak(berkenaan kapal atau perahu) 2. pergi (berpergian) dengan kapal atau perahu.Ejaan25.04.2014
Tansri Azizi Jan 24th, 6:05pm DBP masih ada stok buku sastera politik dan masyarakat tulisan Abdul rahman embong terbitan thun 2014Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain24.01.2015
SALAM SEJAHTERA... SAYA INGIN MENGETAHUI SAMADA DI DBP MASIH ADA KEKOSONGAN JAWATAN (SEBARANG JAWATAN SECARA KONTRAK). TERIMA KASIH.Sila lihat iklan yang akan kami siarkan dalam masa tertdekat ini melalui laman web DBP dan juga melalui iklan dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu.Lain-lain24.06.2008
saya ingin bertanya satu soalan ....buat masa ini,masih ada jawatan kosong atau pon tidak di DBP?Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Iklan tersebut akan disiarkan melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar atempatan. Sila layari laman kami dari masa ke masa dan melihat akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya pada hujung minggu. Iklan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan.Lain-lain26.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas