Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Balasatudin berasal nama,
     Yang bernama si Simpanglah Tiga;
Orang lain bukan tak ada,
     Abang seorang masih di mata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMADÍS OF GAUL

Amadís of Gaul ialah kisah cinta Sepanyol yang

terkenal pada zaman kesateriaan. Ia diciptakan

sekitar tahun 1300-an di Sepanyol, tetapi versi

cetakan pertamanya yang masih ada, iaitu The

Four Books of the Virtuous Knight Amadís of

Gaul, diterbitkan pada tahun 1508. Sebahagian

daripada karya ini dianggap telah ditulis oleh

Garci Ordóñez (atau Rodríguez) de Montalvo.

UMUM 
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 
MENARA BULAT

Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik

pemandangan landskap di kebanyakan bahagian

Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan

gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun

1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk

membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat

persembunyian semasa berlakunya serangan oleh

pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza,

dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter

dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang

masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah.

UMUM 
GERUSGERUS, proses melicinkan dan mengilatkan permukaan kain menggunakan sejenis siput bintang (cypraea tigris) yang besar, berbentuk bujur bulat dan mempunyai tapak yang rata. Permukaan kulit siput itu berwarna putih kekuningan dan berbintik-bintik coklat di atasnya. Hingga ke hari ini masih ada orang Melayu yang menggunakannya sebagai satu alat penting untuk menggerus. Mereka yang mahir akan menggunakan sebiji siput sahaja untuk melicinkan dan mengilatkan sehingga 30 helai kain sarung.BUDAYAProses/Tindak Balas
NARASIMHAVARMAN I

Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal

sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di

India selatan. Dia diingati terutamanya kerana

membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga

dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram

sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di

Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu,

India. Ia telah pun berkembang maju sebagai

pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman

menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan

menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut

dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya

yang masih ada menarik minat pelancong dan para

sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah

satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata

“Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three

World”).

UMUM 
EJAAN DAN TULISAN RENCONG

EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal  dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.

BAHASABahasa
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM 
KAMUS PELAJAR

KAMUS PELAJAR, kamus umum yang disusun khas untuk kegunaan pelajar. ‘Pelajar’ dalam konteks perkamusan merujuk kepada orang yang belajar bahasa Melayu. Dalam  hal ini ‘kamus pelajar’ secara am dapat dianggap sebagai kamus untuk orang yang belajar bahasa Melayu tidak kira sama ada mereka masih di bangku sekolah atau tidak. Ada juga kamus pelajar yang ditujukan khas kepada orang asing yang ingin belajar bahasa Melayu atau kepada pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASAPenerbitan
KOMODITI UTAMA

Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses.

EKONOMI DAN PENGURUSANSumber/Bahan Alam
SPLIT

Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan

Croatia yang membangun daripada bandar purba

Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik

(lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali

ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan

pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam

lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi

istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana

ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar

Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini

memberikan satu contoh yang paling baik tentang

seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan

penting dan juga pusat bagi perindustrian –

terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah

loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak

tidak jauh dari bandar ini.

UMUM 
123

Kembali ke atas