Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
المطلقات الرجعيةperempuan talak raj‘iyAgama IslamFiqhPerempuan yang dicerai oleh suaminya dengan talak raj‘iy dan masih ada hak untuk rujuk dalam masa idah.
primitive communismkomunisme primitifSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk sistem ekonomi lampau sebelum zaman hamba abdi seperti yang terdapat dalam sejarah materialisme Karl Marx. Sistem ini melihat ekonomi masyarakat masih berada dalam bentuk tribal dan egalitarian dengan aktiviti ekonomi masih bersifat alamiah. Pada masa itu, tidak ada badan pemerintah dan juga badan khusus yang menguruskan pasaran tidak ada sistem pertukaran barang dan seluruh anggota masyarakat bekerjasama mencari keperluan asasi tanpa kepentingan persendirian. Menurut Marx, masyarakat dilihat berubah daripada tahap ini kepada bersifat perhambaan dan menuju kepada sifat feudalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Sinonim komunisme kuno.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian.
pseudo-environmentsekitaran buatanKomunikasiKorporatRuang dan suasana yang dicipta bagi mengesahkan sesuatu aktiviti komunikasi dan pemasaran yang akan dilakukan. Contohnya, suasana yang diwujudkan oleh syarikat pengeluar bagi membolehkan aktiviti promosi dan pengiklanan dilakukan dalam sesuatu tempoh. Aktiviti ini biasanya berlaku menjelang musim perayaan. Persekitaran ruang pemasaran dibina dan dimeriahkan mengikut reka bentuk, warna, dan hiasan yang melambangkan sesuatu acara yang berkaitan. Ruang ini mewujudkan perasaan gembira dan meriah dalam kalangan khalayak. Walaupun masa perasaan sebenar masih belum bermula, syarikat pengeluar berkenaan telah memulakan kempen barangan mereka dengan lebih awal, sama ada melalui persekitaran yang dibina di premis perniagaan atau persekitaran audiovisual yang disalurkan di media massa.

Kembali ke atas