Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta maaf, kerana saya masih keliru tentang: 1) Simpan sesuatu di dalam beg atau simpan sesuatu ke dalam beg? Kerana dalam soalan awal, tuan telah memberitahu bahawa kita patut simpan sesuatu

Frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang seperti di dalam gelas, di dalam beg, manakala frasa "ke dalam" digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan arah/tempat yang dituju yang mempunyai ruang yang jelas/abstrak seperti ke dalam sungai, ke dalam beg dan ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, ayat Simpan sesuatu di dalam beg atau simpan sesuatu ke dalam beg adalah betul bergantung pada konteks penggunaannya.

Tatabahasa18.05.2011
Kenapa ada akhbar harian berbahasa Melayu masih menggunakan perkataan yang dieja salah seperti atlit (sepatutnya atlet ), bowling ( boling), stokin ( stoking ) dan lain-lain ? Para wartawan juga kerap menggunakan perkataan 'dan' pada awal ayat. Apakah komen dan tindakan DBP dalam hal ini?Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan terhadap penerbitan akhbar-akhbar dan majalah-majalah dan kami akui masih terdapat kesilapan baik dari segi ejaan ataupun tatabahasa dalam artikel sesetengah penerbitan. DBP telah mengeluarkan surat teguran kepada pihak penerbitan yang berkenaan.Lain-lain29.11.2009
Salam. Dalam industri penyarikataan, adakah "tapi/tetapi" dibolehkan digunakan di awal ayat? Sari kata merupakan transkripsi/terjemahan ayat percakapan. Apabila "namun" digunakan di tempat "tapi" dalam sari kata perbualan harian, bunyinya sungguh canggung. Kalau guna "akan tetapi", masih canggung, malah terlalu panjang pula kerana sari kata ada had aksara per baris dan per saat. Mohon nasihat.Bidang sari kata juga tertakluk pada rumus tatabahasa. Tetapi tergolong dalam kategori kata hubung dan hadir pada pertengahan ayat. Contohnya, Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Berbeza dengan namun yang berfungsi sebagai penanda wacana yang menghuraikan pernyataan berbeza daripada ayat sebelumnya. Kami berpandangan dalam konteks yang dinyatakan kata namun lebih sesuai digunakan.Tatabahasa22.08.2021
فيرو ذكوان Sep 14th, 2:59am Salam, tumpang tanya fasal iklan jawatan kosong masih ada lagi ke? Saya pernah memohon utk gred 27 tempoh hari. Sekadar bertanyaJawatan Penolong Perancang Bahasa S27 telah diiisi pada awal bulan Ogos yang lalu. DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa.Lain-lain14.09.2015
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya disini pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja kerja tersebut telah selesai pada 3hb Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20hb Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya dari pihak tuan. Dengan itu pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14hb October 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut telah selesai pada 3 Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20 Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya daripada pihak tuan. Dengan itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14 Oktober 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Tatabahasa07.10.2014
Salam Sejahtera pihak DBP. Saya ingin bertanya, penggunaan 'e-' yang mewakili makna elektronik itu, adakah jika perkataan tersebut berada di awalan ayat, ia masih digunakan penggunaan abjad 'e' yang kecil?Kaedah penulisan bagi perkataan e-dagang yang berada pada awal ayat perlu bermula dengan huruf besar (E-dagang) dan jika terletak pada tengah ayat maka dikekalkan ejaannya dengan penggunaan huruf kecil (e-dagang).Ejaan26.11.2020
Assalammualaikum w.b.t. Saya pelajar Phd prasekolah. soalan saya masih tentang menulis. saya ingin mengetahui Apakah perbezaan bagi penggunaan perkataan tulisan, menulis, penulisan dan kemahiran menulis ? adakah terjemahan saya tepat tentang penggunaan kata writing iaitu students who are taught the writing process early ........ developing clearer and higher quality writing pieces , pelajar yang diajar proses menulis daripada peringkat awal ........ pelajar yang dapat membangunkan dengan lebih jelas dan lebih tinggi kualiti dalam penulisan. Terima kasihTulisan ialah sesuatu yang ditulis. Menulis merujuk perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena. Penulisan bermaksud perihal atau kegiatan menulis dan mengarang. Oleh itu, penggunaan setiap perkataan tersebut mestilah tepat mengikut konteks ayat tersebut. Proses menulis ialah terjemahan yang betul mengikut konteks ayat tersebut.Lain-lain23.07.2012
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008
Kenapa ejaan dikemaskinikan perlu dirapatkan sedangkan kemas kini adalah kata majmukkemas kini ialah kata majmuk yang dieja dua perkataan. Apabila kata majmuk ini menerima apitan pada awal dan akhir kata (di-...-kan) maka terbentuklah dikemaskinikan, jika hanya menerima awalan sahaja seperti dikemas kini ejaannya masih dua perkataan.Tatabahasa26.12.2012
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih.

Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: 

KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan.
Lain-lain06.09.2009
12

Kembali ke atas