Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cervical matrixmatriks servikalPerubatanTiadaStrip logam atau plastik yang berkontur dan berpadanan dengan bahagian servikal gigi, digunakan untuk membentuk dan menampung bahan restorasi yang masih belum keras.
hard wheatgandum kerasMakanan dan PemakananTeknologi MakananGandum yang mengalami pemecahan endosperma di sepanjang garis sempadan sel apabila dikisar, dan menghasilkan sel endosperma yang lebih bersih dan masih tidak rosak. Gandum ini menghasilkan tepung yang kasar, bergerak bebas dan mudah diayak serta mengandungi zarah yang seragam. Gandum keras mempunyai kandungan protein yang tinggi dan menghasilkan tepung yang kuat serta berupaya membentuk doh yang lebih kenyal. Gandum ini lebih sesuai bagi pembuatan roti kerana menghasilkan roti yang berisi padu tinggi, bertekstur baik dan boleh disimpan lama.
lithificationpembatuanKejuruteraanPetroleumProses yang mengubah sedimen yang telah terendap tetapi masih dalam keadaan peroi menjadi batuan sedimen yang keras.
network computer (NC)komputer rangkaianTeknologi MaklumatTiadaKomputer yang dihubungkan ke Internet dan mempunyai pemproses sahaja serta tidak mempunyai cakera keras atau cakera liut. Pengguna komputer ini perlu menggunakan perisian aplikasi daripada komputer pelayan. Data juga perlu diperoleh dan disimpan semula pada komputer pelayan. Komputer ini lebih bersifat komputer pelanggan. Walaupun komputer ini telah menggantikan terminal dalam beberapa aplikasi tetapi masih belum dapat menarik perhatian pasaran. Idea komputer ini dipelopori oleh syarikat Sun MicroSystem.
5% based measurementukur rujuk 5 peratusEkonomiEkonomi IslamSumbangan pendapatan syarikat sebanyak 5% daripada aktiviti yang haram. Aktiviti haram adalah seperti riba, judi, minuman keras dan perniagaan khinzir daripada keseluruhan aktiviti perniagaan syarikat. Sekiranya aktiviti tersebut melebihi lima peratus daripada keseluruhan perniagaan syarikat, maka syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Hal ini bermakna, jika aktiviti yang haram kurang daripada 5%, syarikat masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah kerana unsur yang haram tersebut dianggap sangat kecil dan dimaafkan dalam syariah. Oleh itu, kewujudannya tidak menjejaskan perkara halal yang lebih utama.
jelutungjelutungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dyera spp. daripada famili Apocynaceae. Spesies utamanya yang menghasilkan kayu termasuk Dyera costulata dan D. polyphylla. Gubal kayu jelutung sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna putih kekuningan dan warna jerami. Kayu ini mempunyai sel parenkima yang masih aktif di kawasan empulur, dan mempercayai tidak mempunyai teras kayu yang sebenar. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 495 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jelutung mudah diawet, mempunyai sifat pengeringan yang baik, tetapi terdedah kepada serangan kulat pewarna dan kumbang bubuk. Kayu ini digunakan terutamanya untuk ukiran, bangkai gambar, papan lukisan, alat permainan, dan pensel kayu.

Kembali ke atas