Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAEDAH SUZUKI

Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak

bagaimana bermain alat muzik tertentu pada

peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini

digunakan dengan meluas untuk biola dan juga

alat-alat lain seperti celo, flut dan piano.

UMUM 
SKELTON, JOHN

Skelton, John (1460?–1529) ialah penulis satira

yang terkenal semasa zaman awal pemerintahan

keluarga diraja Tudor di England. Skelton tinggal

di istana, dan menjadi guru peribadi Henry VIII,

anak raja yang masih muda pada masa itu. Skelton

menjadi paderi pada tahun 1498, dan dari tahun

1502 berkhidmat sebagai paderi Diss di Norfolk.

UMUM 
ABU AL-ALIYAH RUFAY

Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam

yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan

ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah

Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-

Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,

usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada

zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun

mempelajari Islam. Dia sering mendengar

pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,

Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz

al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn

Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya

lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah

belajar qira’at dengannya.  Antara mereka ialah

Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal

dengan sifatnya yang zuhud, warak dan

mengelakkan diri daripada fitnah.

UMUM 
HALIMAHTON ABDUL MAJID, DATUK

HALIMAHTON ABDUL MAJID, Datuk (1920 – 1980-an), tokoh politik. Dia lahir pada tahun 1920. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu dan Inggeris di Kuala Lumpur. Dia kemudian berkahwin dalam usia yang masih muda dengan Encik Muhammad bin Baba, Pegawai Daerah Rembau, Negeri Sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AISYAH BINT ABU BAKAR

Aisyah bint Abu Bakar (8 S.H.–50 H./614–670

M.), isteri Rasulullah SAW dan merupakan wanita

yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia lahir

di Makkah al-Mukarramah. Rasulullah SAW telah

mengahwininya dan Sa’udah bint Zam‘ah pada tahun

yang sama, tetapi Sa’udah terlebih dahulu bersama

Rasulullah berbanding dengan Aisyah kerana usianya yang

masih muda. Dia bersama Rasulullah SAW pada

tahun ke-2 H., iaitu ketika berusia sembilan tahun.

Dia berkahwin ketika masih anak dara tetapi tidak

melahirkan anak untuk Rasulullah SAW.

UMUM 
MU‘AWIYAH IBN YAZID

Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684

M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada

pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah

ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn

Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali

sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya

akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut

selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang

tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah

menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru

kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan

agar mereka melantik penggantinya yang tersebut

dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia

telah mengasingkan diri di rumahnya dengan

beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia

meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh

sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak

sempat meninggalkan zuriat

UMUM 
DAENG CELAK

DAENG CELAK (? -1745), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang kedua dengan gelaran Sultan Alaudin Syah ibn Opu (m.m. 1728). Dia juga disebut Daeng Pali, putera keempat Opu Tendribureng Daeng Rilaka, anak saudara Arumpone, Raja Bone. Pada akhir abad ke-17, Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi mengembara ke tanah barat dengan puteranya berlima saudara. Pada waktu itu, Daeng Celak masih muda. Pada tahun 1722, Daeng Marewah, abang Daeng Celak, dilantik oleh Sultan Sulaiman dari kerajaan Johor sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor. Pada waktu yang sama, Daeng Celak telah dinikahkan dengan Tengku Mandak, saudara  Sultan Sulaiman. Daeng Celak dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor apabila Daeng Marewah meninggal dunia pada tahun 1728.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAMSES II

Ramses II ialah Firaun (raja) Mesir yang

memerintah dari tahun 1290 S.M. hingga tahun

1224 S.M. Ramses menaiki takhta semasa masih

muda.

UMUM 
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 
SULTAN MAHMUD SYAH IIISULTAN MAHMUD SYAH III ( ? – 1812), Sultan Johor (1761-1812). Baginda adalah putera Sultan Abdul Jalil Muazam Syah.  Baginda menduduki takhta kerajaan Johor menggantikan kekandanya, Sultan Ahmad Syah, yang mangkat pada tahun 1761.  Oleh sebab baginda masih kanak-kanak, pemerintahan diterajui oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja.  Pada tahun 1777, Daeng Kemboja meninggal dunia.  Jawatan Yamtuan Muda digantikan oleh Raja Haji.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas