Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick..Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat.Istilah29.04.2009
Betulkah penggunaan 'di' ini? - Remaja dan kanan-kanak di bawah 18 tahun diharamkan merokok. - Pihak polis berterima kasih di atas tindakan pantas Amin. - Tiada sesiapa yang lulus di dalam kalangan mereka. - Pergaduhan di antara Fauzi dan Fizi masih belum berkesudahan. - Perbuatan mewarnakan rambut haram di sisi agama Islam.Ayat yang betul ialah "Remaja dan kanan-kanak di bawah 18 tahun diharamkan merokok", "Perbuatan mewarnakan rambut haram di sisi agama Islam".  Tatabahasa01.11.2015
Maaf, saya masih keliru dengan penjelasan mengenai perbezaan antara Institusi dengan Agensi. Sebagai contoh, pertubuhan A adalah NGO yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. A mempunyai jawatankuasa M yang menguruskan hal ehwal remaja, dan P yang menguruskan bantuan kepada rakyat di negara-negara susah. M tidak berdaftar tetapi P berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. Adakah kedua-dua M dan P agensi atau institusi atau bagaimana? Terima kasih.Dari aspek bahasa kami telah memberikan maklumat tentang maksud institusi dan agensi. Permasalahan tuan lebih menjurus kepada hal teknikal, maka lebih baik tuan kemukakan hal ini kepada pihak pendaftar, iaitu pihak yang berwenang dalam hal pendaftaran.Tatabahasa13.10.2014
Nik AmalView Profile TUES 19:55 Nik Amal Nik Assalam , maaf ganggu . Nak tanya .. buku ini masih ada stok ? Psikologi kanak kanak & remaja Jas laile suzana jaafarSalam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain22.11.2016
Salam, Saya ingin bertanya, adakah wujud perkataan "penforum" dalam kamus dewan edisi terbaru kerana saya telah semak secara online di website ini dan hasil carian "tiada di dalam kamus" atau mungkin tidak dikemas kini. Saya juga ingin bertanya, adakah "Anugerah Penforum Terbaik" masih digunakan dalam Pertandingan Forum Remaja Sekolah ? Jika perkataan "penforum" tidak wujud dan masih dikekalkan penggunaannya dalan Pertandingan berprestij tersebut, saya kira, nama anugerah itu wajar diubah kepada "Anugerah Ahli Panel Terbaik". Terima kasih.Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan (anjuran DBP) menyediakan hadiah kepada "Ahli Forum Terbaik". Kami tidak menggunakan perkataan Penforum Terbaik. Sebarang cadangan nama baharu untuk hadiah dalam pertandingan tersebut akan kami majukan kepada pihak urus setia di Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera.Tatabahasa15.02.2013
Adam Justin Salam sejahtera. Saya ingin bertanya kenapa sijil peraduan menulis cerpen 2013 masih belum sampai lagi...Tahun lepas saya ada mengikuti peraduan tersebut.. Terima Kasih.Sila berhubung terus dengan Bahagian Pengembangan Kesusateraan Kanak-kanak dan Remaja/Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479203/9204/9128/9130 atau e-mel shahrun@dbp.gov.my/filzah@dbp.gov.my/nurulaina@dbp.gov.my/ baidari@dbp.gov.my.Lain-lain29.05.2014
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut:
1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti.
3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan  keselamatan diri mereka sendiri.
6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara.
Tatabahasa06.10.2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Saya masih ingin bertanyakan tentang perkhabaran manuskrip saya. Saya ada menghantar manuskrip saya pada 16 JUN 2010 di alamat yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP. Ini adalah Judul manuskrip dan alamatnya : 1. Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Judul : 1. Kura-kura Yang Rajin 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut 3. Dunia Azim 2. Ketua, Pusat penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja ( PURNAMA ), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Judul : Buku cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul ( Siri 1, 2,3,4 ) SETELAH menghantar kesemua manuskrip itu, saya tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak DBP. Saya khuatir pihak DBP tidak menerima manuskrip saya. Saya menghantar manuskrip saya melalui Pos Ekspres. Harap dapat bantu saya. Saya ingin mengetahui status manuskrip saya itu. Jika ada sebarang kesulitan, bolehlah hubungi saya di : NAMA PENUH : NURUL FAREHAH BINTI JAAMAD ALAMAT : 1888-A, KM 8, JALAN HASHIM, KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA. NO.IC : 900521045508 NO. TEL : 0176665803 NO.RUMAH : 06-2680260Dimaklumkan bahawa manuskrip puan telah diterima dan sedang dinilai. Kami akan memaklumkan keputusan penilaian tersebut pada minggu hadapan. Lain-lain18.08.2010
ASSALAMUALAIKUM/SALAM SEJAHTERA. Saya ingin bertanya bagaimana cara jika ingin menerbitkan buku latihan p.islam untuk pelajar pendidikan khas berpandukan buku teks yang dikeluarkan DBP. sekarang masih tiada buku latihan di pasaran. dilampirkan pic buku teks KPMSalam sejahtera,

menghantar manuskrip

Dimaklumkan bahawa, penulis bolehlah menghantar penulisan buku latihan/buku sokongan pendidikan ke:

Ketua Bahagian,
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja,
Aras 19, Menara DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Sebarng pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi:
Nama: Puan Masni bini Kospin
E-mel: masni@dbp.gov.my
No. Tel.: 03-2147 9293

Penulis hendaklah menghantar bahan dalam bentuk salinan bercetak dan salinan lembut dalam format MS Word. Jika buku berkaitan Pendidikan Islam, bahan yang dihantar perlu juga dibuat dalam format MS word dan PDF. Hal ini disebabkan MS Word tidak dapat membaca teks Jawi dan Arab seperti surah dan hadis.

Sekian, Terima kasih.
Lain-lain05.03.2020
Assalamualaikum, Pada akhir bulan Disember 2012 saya ada melihat suatu iklan tentang tawaran penerbitan berpakej 2012 di dalam sebuah akhbar harian tempatan. Kemudiannya saya mendapatkan maklumat lanjut daripada laman web rasmi DBP. Walaubagaimanapun saya tidak terus menyimpan borang permohonan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Apabila saya cuba meneliti balik borang permohonan tersebut melalui laman web DBP, borang tersebut sudah tidak dapat dimuat turun lagi. Pertanyaan saya ialah: 1. Masih terbuka kah tawaran tersebut? 2. Jika masih terbuka, bolehkah nasihatkan saya bagaimana untuk memohon. Terima kasih atas perhatian pihak tuan. Nazruzila RaznizaWksalam puan, terima kasih kerana berminat untuk menulis dengan DBP. Penerbitan berpakej ini mula dilaksanakan pada tahun 2013 (pembinaan manuskrip). Projek berterusan sehingga tahun 2020. Buku yang akan diterbitkan untuk sasaran pembaca dewasa (umum/ilmiah), remaja dan kanak-kanak. Karya boleh dalam pelbagai genre, sama ada kreatif atau bukan kreatif. Mohon e-melkan kepada rosnah@dbp.gov.my untuk dapatkan borang dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.
Hajah Rosnah Awang
Ketua Editor
Bahagian Buku Kank-kanak dan Remaja
Jabatan Penerbitan, DBP.
Lain-lain12.01.2013
12

Kembali ke atas