Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sing.ma.sing] | ماسيڠ-ماسيڠ

Definisi : sendiri-sendiri, tiap-tiap orang: semuanya sibuk dgn pekerjaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sing.ma.sing] | ماسيڠ-ماسيڠ

Definisi : tiap-tiap orang tidak berhubungan dgn yg lain; seorang-seorang; sendiri-sendiri: Mereka sibuk dgn pekerjaan ~. ~ tidak mahu mengalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masing
Kata Terbitan : masing-masing,

Puisi
 

Sang seromba ikan serinding,
     Anting-anting arus berduri;
Angin dan ombak mematah beting,
     Masing-masing membawa diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rambut sama hitam,
     hati masing-masing berlainan.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam memperjuangkan bahasa Melayu, tuan DBP. Adakah rangkai kata "masing-masing pihak" betul? Contoh ayat: (1) Jika demikian, tutup sajalah persoalan kesalahan bahasa dan biarkanlah bahasa berkembang menurut kehendak masing-masing pihak. Bukankah frasa bahasa Melayu berurutan Diterangkan-Menerangkan, iaitu nama utama di hadapan, penerang di belakang? Maka sepatutnyalah frasa itu berurutan "pihak masing-masing": "masing-masing" yang bermaksud tiap-tiap dirinya penerang nama utama "pihak" ataupun kerana "masing-masing" bermaksud tiap-tiap dan setiap, dan "setiap" kata bilangan, oleh itu "masing-masing" yang disamakan dengan "setiap" yang bergolongan kata bilangan perlu diletakkan di depan nama utama sebagai penentu bilangan, seperti: setiap pihak = masing-masing pihak?Perkataan yang lebih sesuai ialah "pihak masing-masing"Lain-lain12.12.2016
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.qTerdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item.Tatabahasa01.09.2015
Salam. Bagaimanakah menggunakan perkataan "masing-masing" dengan betul? 1. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah 19 dan 9 masing-masing. 2. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. 3. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah masing-masing 19 dan 9.Penggunaan yang betul ialah Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9.Tatabahasa29.07.2019
pembetulan ayat - 'masing-masing 0.2 peratus atau 0.2 peratus masing-masing'Masing-masing 0.2 peratus.Tatabahasa14.08.2008
Setiap negara ASEAN mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bolehkah kata bilangan pisahan setiap dan masing-masing digunakan serentak di awal dan di akhir ayat.Masing-masing, setiap, tiap-tiap merupakan kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Oleh itu gunakan salah satu sahaja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 288 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa03.11.2010
adakah penggunaan perkataan "masing-masing" di dalam ayat ni betul?: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 masing-masing telah dibuat pada 3.1.2015 dan 8.1.2015.Penggunaan masing-masing dalam ayat tersebut tidak tepat. Ayat yang tepat: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 pada 3.1.2015 dan 8.1.2015.Tatabahasa01.10.2015
Mohon pandangan / perbetulkan kesilapan dalam ayat di bawah tentang penggunaan perkataan masing-masing: Syarikat A, B dan C masing-masing adalah merupakan penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini. atau Syarikat A, B dan C masing-masing adalah salah satu penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini.Ayat yang betul ialah “Syarikat A, B dan C merupakan penyumbang dana untuk pembinaan dewan ini.”Tatabahasa08.06.2023
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing".
2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis.
3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam.
Tatabahasa07.10.2012
Adakah setiap atau tiap-tiap dan masing-masing blh digunakan dlm ayat yg sama? 1)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 2)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing. 3)Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 4) Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing.Setiap dan tiap-tiap mempunyai maksud yang sama, iaitu satu-satu daripada banyak, masing-masing.

Ayat yang paling sesuai digunakan ialah:  Setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah.

Makna21.01.2022
Salam 1Malaysia, bagaimanakah cara membina ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan masing-masing dalam contoh ayat berikut: contoh 1. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, masing-masing hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. contoh 2. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing, yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. mohon cadangan ayat yang sesuai. tqSeterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut.Tatabahasa31.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas