Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.jid] | مسجد

Definisi : Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.jid] | مسجد

Definisi : rumah ibadat orang-orang Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masjid (kata nama)
Bersinonim dengan surau, langgar.,

Puisi
 

Pergi kerja berulang-alik,
     Singgah di masjid lalu sembahyang;
Yang bulat datang menggolek,
     Yang pipih datang melayang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
`SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN ` ATAU SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGI. Semua ini banyak terdapat di Surau-surau dan Masjid-Masjid. Yang mana satu betul...Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", walau bagaimanpun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.04.2012
Assalamualaikum, Yang manakah istilah yang paling tepat: Masjid al-Aqsa atau Masjidilaqsa, Masjid al-Haram atau Masjidilharam, Masjid al-Nabawi atau Masjidilnabawi, Baitul al-haram atau Baitulharam, Baitul al-Maqdis atau Baitulmaqdis? Terima KasihWkslm...
Penamaan yang betul ialah Masjid al-Aqsa, Masjidilharam, Masjid Nabawi, Baitulharam dan Baitulmuqaddis
Lain-lain27.07.2018
Assalamualaikum. Nama Masjid Kami ialah MASJID AS SYAKIRIN, Mukim Oran, Perlis. Soalan: Apakah ejaan yang betul bagi nama Masjid kami: AS SYAKIRIN atau AS-SYAKIRIN AL SYAKIRIN atau AL-SYAKIRIN tulisan jawinya: مسجد الشاكرين atau ejaan yang lain Terima kasih.Alaikumussalam,

Padanan ejaan nama khas daripada Jawi kepada Rumi ialah mengikut kaedah transliterasi: al-Syakirin
Ejaan19.02.2014
Soalan: Penggunaan woording-Masjid Al-Najihin @ Masjid An-Najihin di antara berikut yang mana lebih tepat?

Mengikut kaedah penulisan : Al-Najihin (L mewakili Lam) (tetapi dibaca An-Najihin)

Sila lihat contoh dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 = al-Nur (an-Nur)

Ejaan13.02.2009
Masjid Putra dalam menyiapkan projek sebuah mini perpustakaan. Mohon bantuan untuk memberikan nama yang betul samada:- i. Mini Perpustakaan (contoh:Mini Perpustakaan Masjid Putra) ii.Perpustakaan Mini (contoh:Perpustakaan Mini Masjid Putra) Sekian, terima kasih. Mohd Hasdi bin Muda Penolong Pengarah PentadbiranUntuk makluman, istilah yang betul ialah perpustakaan mini. Oleh itu, nama yang betul ialah Perpustakaan Mini Masjid Putra.Istilah29.10.2012
Assalamualaikum. Soalan Adakah perkataan "Pegawai Masjid", "Jawatankuasa Kariah", "Imam", "Bilal", "Noja" dalam ayat berikut perlu dieja dengan huruf besar? Ayat: 1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melantik 10 orang "Pegawai Masjid" pada Januari 2020. 2. Pelantikan "Jawatankuasa Kariah" perlu disegerakan. 3. Kekosongan jawatan Imam, Bilal dan Noja di beberapa masjid telah diiklan pada minggu lepas. Terima kasih.Pegawai masjid, jawatankuasa kariah, imam, bilal, noja ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali disandarkan dengan kata nama khas yang lain seperti Imam Masjid Hidayah.Tatabahasa06.06.2020
Salam sejahtera, adakah ayat ini dapat difahami dari segi struktur dan penggunaan bahasa, "pihak masjid memberi jaminan bahawa keselamatan masjid langsung tidak dikompromi"? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan ayat tersebut kurang jelas maksudnya. Kami mencadangkan ayat yang berikut: Pihak masjid memberi jaminan bahawa keselamatan masjid adalah terkawal dan tidak akan berkompromi terhadap perlakuan jenayah.Tatabahasa18.11.2019
mohon pandangan, manakah yang betul, 1) kursus penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai masjid negeri kedah darul aman atau; 2) kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri kedah darul aman.. mohon pandangan..terima kasihPenggunaan ayat ini lebih tepat.
Kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri Kedah Darul Aman.
Tatabahasa04.08.2020
Apakah ejaan yang betul apabila menggunakan sengkang? Al-Quran mungkin dieja sebagai al-Quran tetapi bagaimana penggunaan kata nama bagi nama-nama beberapa masjid di Malaysia. Ejaan yang mana betul atau lebih tepat - Masjid Al-Marbawi, al-Marbawi, Al-marbawi atau Al Marbawi atau Masjid As-Salam, as-Salam, As-salam atau As Salam? Terima kasih.Biasanya apabila mengeja al-Quran dan yang seumpamanya, ejaan al menggunakan huruf a kecil.  Oleh sebab ejaan al yang terdapat pada nama masjid ialah nama khas, ejaan tersebut dikekalkan.Ejaan24.07.2012
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100.
2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat.
Tatabahasa23.01.2013
123456

Kembali ke atas