Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.jid] | مسجد

Definisi : Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.jid] | مسجد

Definisi : rumah ibadat orang-orang Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masjid (kata nama)
Bersinonim dengan surau, langgar.,

Puisi
 

Pergi kerja berulang-alik,
     Singgah di masjid lalu sembahyang;
Yang bulat datang menggolek,
     Yang pipih datang melayang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arabesquehiasan kearabanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiHiasan yang terdapat pada struktur bangunan seperti masjid dan rumah kediaman. Bentuk hiasan yang dihasilkan dengan menggunakan corak garisan dan saling bertindih atau digabungkan untuk menghasilkan unsur kesenian yang indah. Antara bentuk yang biasa dihasilkan ialah bunga, daun, binatang, geometri atau gabungan antara garis geometri. Contohnya, pada bahagian hadapan atas rumah Syed Al-Atas di Pulau Pinang, hiasan ini dibentuk dengan corak yang mengelilingi bahagian simen, manakala di masjid pula, hiasan kearaban dapat dilihat pada hiasan garis persegi lapan yang dijalin dalam bentuk garisan bersilang.
muqarnashmuqarnasArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPola hiasan yang terdapat pada bahagian dalam kubah, mihrab, pintu gerbang dan riwaq pada masjid. Pola hiasan ini berbentuk geometri atau relung-relung kecil yang bersambung atau bertindih antara satu sama lain dan dikenali juga sebagai sarang labah-labah. Contohnya, pola hiasan ini terdapat pada masjid di Isfahan, Iran dan alhambra, Grenada.
kubahkubahArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahagian atas yang paling menonjol pada sesebuah masjid. Dibawahnya terdapat ruang dewan solat utama. Bentuk kubah ini berbeza mengikut kawasan atau wilayah. Terdapat pelbagai bentuk kubah seperti bawang, bertingkat, bujur seperti telur, buah kopi dan separuh cembung. Gaya bentuk kubah boleh dibahagikan kepada enam jenis, iaitu Turki, Parsi-India, Mesir, Morocco-Andalusia, Arab-Syria dan Alam Melayu.
community facilitieskemudahan komunitiSosiologiTiadaKemudahan yang disediakan untuk orang ramai. Contohnya seperti sekolah, perpustakaan, masjid, hospital, balai polis, dan sebagainya.
AlhambraAlhambraKesenianSeni BinaKubu yang dibina pada zaman kerajaan Islam Moor di Granada yang mengandungi masjid, istana dan kompleks kota yang bercirikan bangunan dalam taman. Kubu ini juga dilengkapi dengan binaan lain seperti saluran air, kolam dan pancutan air untuk merealisasikan konsep bangunan dalam taman. Kubu ini dibina daripada batu kelikir dan bata tanah liat halus. Alhambra menjadi salah satu contoh gaya seni bina Moor. Alhambra berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud istana merah.
religious sitetapak keagamaanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak yang digunakan untuk tujuan keagamaan seperti candi dan masjid. Bukti kegunaannya diperoleh melalui peninggalan data artifak seperti seni arca keagamaan dan fitur. Di Malaysia, tapak ini wujud pada Zaman Peotosejarah dan Zaman Sejarah di Lembah Bujang (Kedah), Bongkissam (Sarawak), Kuala Berang (Terengganu) dan Kampung Laut (Kelantan).
community facilitieskemudahan komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemudahan yang disediakan untuk orang ramai. Contohnya seperti sekolah, perpustakaan, masjid, hospital, balai polis, dan sebagainya.
aestheticsestetikaKesenianSeni BinaSatu cabang falsafah yang berkaitan dengan keindahan dan cita rasa dalam kerja-kerja seni. Contohnya, ukiran pintu pada masjid Alhambra di Granada, Sepanyol memperlihatkan nilai-nilai estetika yang bermutu tinggi.
school without wallspendidikan terbukaPendidikanTiadaPendidikan tidak formal yang tidak mempunyai bangunan sekolah tertentu, dan biasanya diadakan di tempat awam seperti balai raya, masjid dan pusat perniagaan.
university without wallspendidikan terbukaPendidikanTiadaPendidikan tidak formal yang tidak mempunyai bangunan sekolah tertentu, dan biasanya diadakan di tempat awam seperti balai raya, masjid dan pusat perniagaan.
123

Kembali ke atas